Wednesday, May 25, 2011

Hadiah buat bonda

on 5/25/2011 03:04:00 PM 0 mesej
Ini cerita pagi semalam

Saya nak ke opis pagi semalam...Sha  bawak sekali  Mini Deko  Cushion  yang dibuat untuk ibu tercinta (sempat snap pic  ye)

Al-kisahnya fabrik ni mak sha  yang punya, dia suruh Sha buat je Mini Deko Cushion sebab kebetulan Sha pun belum lagi belikan dia apa-apa untuk hari ibu jadi Sha pun buat , Beg yang ada sekali tu Sha buat sendiri juga (sila baca entry yang lepas)

Simple je hasil tangan Sha, since fabrik pun ala-ala kedesaan gitu jadi nak spice upkan handmade Sha gunakan ribbon tape yang Sha suka guna time  wrapping packages customer..ribbon tape polka dot ni Sha beli dekat area rumah ibu

So ini la hadiah Sha pada ibu, walaupun tak semewah mana tapi hasil tangan Sha ni tak boleh dibeli dimana-mana melainkan dari Sha sendiri hahahahha...*gelak besar*

Interested ke? E-mail Sha k utk tempahan lanjut, Sha suka buat ready order je sebenarnya coz kadang Sha memang takde masa, ni pun selesai buat ibu Sha punya (yang dijanjikan awal Mei baru dapat dibuat huhu..)

Lepas ni projek Sha plak adalah sekian :~ *check list Sha la konon*

è      Mini Deko Cushion – untuk Giveaway Winner, dah potong kain..nak melilau cari lace hehe
è      Mini Deko Cushion – untuk ready made stok, dah potong kain..nak melilau cari lace gak
è      Smoochie Brooch – untuk consolidation winner, total 12 brooch ..nak cari lace gak..dah abis!
è      Nak wat cutey pincushion-untuk ready made stock

Soalan cepu mas : anak Sha susah nak tido lena skang ni jadi asyik la menganggu Sha nak menjahit..cuaca panas agaknya kot..perlu ke beli aircond? Ataupun mesin sejukkan udara (ala-ala aircond  tak jadi la konon)..fenin fenin hehe

Good day my fav people (You)  :)

Thursday, May 19, 2011

Sepatu Merah First Giveaway

on 5/19/2011 05:18:00 PM 1 mesej
Sila klik pic di atas untuk join GA ni ye
Sha nak try join GA yang dibuat oleh Sepatu Merah sebab sha minat ngan plushie..tak sangka pulak sebab baru je surf web konon nak buat plushie..jenuh cari pattern teddy bear hehe..dapat memang dapat dan akan dicuba, nanti-nantikan la entry plushie Sha (tengah adjust timing nak buat)

Tapi yang Sepatu Merah buat ni memang cantik la..sangat kreatif (dah pk kat ner nak cari port baring-baring dengan plushie ni..best!)

Bagusnya Cik Sepatu Merah masih study lagi tapi ada juga masa nak menjahit..ye crafting memang best kan..betul-betul hilang tension kan..

Macam-macam barangan handmade Sepatu Merah buat...antaranya >>>>>>>

Fabric Plushies Felt Craft Keychain Pencil Case Round Bag Sling Bag Softies Tote Bag

Sha wish yang terbaik untuk cik Sepatu Merah..hidup crafting dan handmade !!

Jiwa kita serupa la hehe 

Monday, May 16, 2011

Setahun yang berlalu

on 5/16/2011 04:38:00 PM 0 mesej
2010 06.30pm (ok sha tipu timing coz memang tak ingat  waktu cuma yang pasti time tu dah balik keje..on the road to go home)

Hari terik , kereta bersimpang siur..en.suami sedang drive, time tengah sarat memang dia tak suka Sha driving pergi kerja dan dia pun rajin menghantar pergi kerja dan balik kerja.. (jadi queen betul kan?  Hehe)

Seriusly..time preggy memang Sha tak minat nak belek-belek nama..biar la dah sarat-sarat baru nak belek tapi nama anak perempuan Sha dah decide awal lagi tu hehe..kompom tak percaya kalau cakap..darjah 6 tu! Al-kisah Sha minat satu nama ni coz anak cikgu yang mengajar Sha time tu comey sungguh..ayu pun iye jadi konon nak letak nama anak __________ (tunggu kalau dapat anak perempuan baru diumumkan nama itu ye)
                                                                                                                   
Jenuh belek nama anak perempuan, Sha terasa lak nak belek nama anak lelaki sebab hujung-hujung mengandung ni, terasa cam confirm lelaki sebab :

  1. Dia menendang dengan bestnya time Sha main ps2 dengan en.suami
  2. Dia berjoget dalam perut time Sha pasang earphone dan dengar lagu
Lelaki la tu kan?  Xtau la kalau anak perempuan..simptom sama ke

Sha baca satu-satu nama..sume en.suami tak minat

Sha : “Zafar”
En. Suami : “ah..apa maksudnya?”
Sha : “Kejayaan / Kemenangan”
En.suami : “haa...ok la, minat yg ni la..Zafar...Zafar..baru nama macam lelaki skit” (sambil sibuk mengulang-ngulang nama Zafar hehe)

Jadi lekat la nama tu dan Afif adalah nama pelengkapnya..hadiah kasih daripada ibu mertuaku J


11 May 2011

Genap la setahun umurnya..Sha rasa sebak sangat hari tu, rasanya semua ibu pun akan terasa sedih sebab yang dikendong sudah pun pandai berjalan dan tak lama lagi  berlari jauh dari kami  *****sayu*****

Selamat Hari Lahir Muhd Zafar Afif

Jadi la anak yang baik, soleh, khalifah Allah..dengari la kata-kata, nasihat, amarah kami dan pujian kami sentiasa dunia dan akhirat, moga mata ini akan dapat melihat anak ummi ini sehinggalah  akhirat kelak..moga-moga cepat membesar dan kami akan sentiasa cuba sentiasa sembahyang berjemaah bersama agar kita bertemu semula di akhirat kelak..Amin

Doakan anak Sha ye J
Muhd Zafar Afif 1 tahun

Tuesday, May 10, 2011

Si Putera Hati

on 5/10/2011 02:04:00 PM 0 mesej


Siapa suka kalau anak sakit? Saya rasa semua pun tak suka kan.


Kita kesian sebab dia takkan selesa dengan panas dibadan (asyik nak merengek! Sabar je la jiwa), kesian tgk dia menarik nafas dengan bunyi dada yang tersekat-sekat (harus jangan belikan dia aiskrim walaupun dia tergolek-golek dan melentikkan badan sambil meraung) dan paling parah kalau dia terkena cacar air..aduh serasa nak tarik-tarik je semua cacar yang melekat.

Kita yang terlebih merana…
Tidur memang confirm tak cukup, anak sekejap-sekejap bangkit, nasib baik susu badan, paginya ke kerja la dengan mata sebesar mata tikus dan selegam mata panda (teringat Po, Kungfu Panda..lebih kurang la hehe)
                                                                                                                                             
Dan scene paling best…jarak jalan semakin tersekat dan berat sebab anak asyik nak melekat, kalau lepas satu jari mau satu taman perumahan dengar suara dia menjerit..adui!

Ya, anak saya memang tengah tak sihat J

Selamat Hari Ibu semua…saya,anda,kamu,korang,kita dan semua yang merasai pengalaman ini pasti tahu pengorbanan terlalu besar menjadi seorang ibu..hargai la masa dengan anak kerana esok-lusa dia dah pun membesar dengan bjiak (dalam case saya susu Dumex) dan masa yang berharga tidak akan kembali lagi


Tuesday, May 03, 2011

Mini Deko Cushion

on 5/03/2011 11:23:00 AM 0 mesej



Ye ni bukan idea original, sha pun dapat idea lepas beli design yang sama dari kedai.


Sha nak bagi hadiah kat member kahwin..so pikir2 sha nak ikut je idea ni..very cute tapi warna original gift sha nak bagi gloomy sikit..takkan nak bagi gift warna gloomykan macam boleh memuramkan lagi keceriaan bilik so semalam masa nak kenduri kahwin member, sha sempat jahit malam sebelumnya, idea dah datang 2-3 hari lepas dan kain dah dipotong siap2 (main agak2 je measurement dia) jadi hari sabtu cuma tinggal potong dan jahit..Alhamdulillah menjadi juga (senyum sorang2 pas tu)


Memang cadang nak bagi gift yang lain dari yang lain dan memang lain pun sebab sha jahit sendiri hehe, kebetulan sha ada fabric leftover dari small project yang lepas (tak teringat nak display pic kat sini)

Jadi ini lah dia, sila lihat dengan menutup sebelah mata sebab mungkin ada yang cacat – cela di situ ye J

Minat? Sha terima tempahan untuk membuat sebijk dan serupa seperti didalam gambar, atau kalau ada tempahan yang memerlukan warna yang disukai, boleh..boleh no problem je

Oh ye, mini deko cushion ni ada bau aromateraphy..buat masa ni sha offer 3 jenis aroma iaitu Lavender, Lime and Tulip

Head over to FB Shaz Clozet under album Hand-Sew dan untuk tempahan e-mail saje pada sha shaz.handmade@gmail.com

Have a great day friends!    

Smoochie Button Brooch

on 5/03/2011 11:00:00 AM 0 mesej

2-3 menjak ni tangan gatal je nak menjahit, nak cari small project pastu bila nampak Sue My Botang ada buat tutorial pasal lace brooch, Sha pun cuba la..tak sangka menjadi pulak dan keempat-empat brooch ni pun dah selamat menjadi hak milik adik hehe


Buat masa sekarang Sha boleh go 30 pieces dalam seminggu dan sha buka tempahan utk majlis2, sha akan buat mcm2 variasi (saje test market..ehem)

Sha letak dalam album on9 niaga under Shaz Clozet since ni pun kecil-kecilan je, berminat? head on to Shaz Clozet FB ye and thanks for the support..







serius comel....macam2 design akan menyusul kemudian :)


 

Inspirasi Sha Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei