Monday, May 16, 2011

Setahun yang berlalu

on 5/16/2011 04:38:00 PM
2010 06.30pm (ok sha tipu timing coz memang tak ingat  waktu cuma yang pasti time tu dah balik keje..on the road to go home)

Hari terik , kereta bersimpang siur..en.suami sedang drive, time tengah sarat memang dia tak suka Sha driving pergi kerja dan dia pun rajin menghantar pergi kerja dan balik kerja.. (jadi queen betul kan?  Hehe)

Seriusly..time preggy memang Sha tak minat nak belek-belek nama..biar la dah sarat-sarat baru nak belek tapi nama anak perempuan Sha dah decide awal lagi tu hehe..kompom tak percaya kalau cakap..darjah 6 tu! Al-kisah Sha minat satu nama ni coz anak cikgu yang mengajar Sha time tu comey sungguh..ayu pun iye jadi konon nak letak nama anak __________ (tunggu kalau dapat anak perempuan baru diumumkan nama itu ye)
                                                                                                                   
Jenuh belek nama anak perempuan, Sha terasa lak nak belek nama anak lelaki sebab hujung-hujung mengandung ni, terasa cam confirm lelaki sebab :

  1. Dia menendang dengan bestnya time Sha main ps2 dengan en.suami
  2. Dia berjoget dalam perut time Sha pasang earphone dan dengar lagu
Lelaki la tu kan?  Xtau la kalau anak perempuan..simptom sama ke

Sha baca satu-satu nama..sume en.suami tak minat

Sha : “Zafar”
En. Suami : “ah..apa maksudnya?”
Sha : “Kejayaan / Kemenangan”
En.suami : “haa...ok la, minat yg ni la..Zafar...Zafar..baru nama macam lelaki skit” (sambil sibuk mengulang-ngulang nama Zafar hehe)

Jadi lekat la nama tu dan Afif adalah nama pelengkapnya..hadiah kasih daripada ibu mertuaku J


11 May 2011

Genap la setahun umurnya..Sha rasa sebak sangat hari tu, rasanya semua ibu pun akan terasa sedih sebab yang dikendong sudah pun pandai berjalan dan tak lama lagi  berlari jauh dari kami  *****sayu*****

Selamat Hari Lahir Muhd Zafar Afif

Jadi la anak yang baik, soleh, khalifah Allah..dengari la kata-kata, nasihat, amarah kami dan pujian kami sentiasa dunia dan akhirat, moga mata ini akan dapat melihat anak ummi ini sehinggalah  akhirat kelak..moga-moga cepat membesar dan kami akan sentiasa cuba sentiasa sembahyang berjemaah bersama agar kita bertemu semula di akhirat kelak..Amin

Doakan anak Sha ye J
Muhd Zafar Afif 1 tahun

0 mesej:

 

Inspirasi Sha Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei