Tuesday, May 10, 2011

Si Putera Hati

on 5/10/2011 02:04:00 PM


Siapa suka kalau anak sakit? Saya rasa semua pun tak suka kan.


Kita kesian sebab dia takkan selesa dengan panas dibadan (asyik nak merengek! Sabar je la jiwa), kesian tgk dia menarik nafas dengan bunyi dada yang tersekat-sekat (harus jangan belikan dia aiskrim walaupun dia tergolek-golek dan melentikkan badan sambil meraung) dan paling parah kalau dia terkena cacar air..aduh serasa nak tarik-tarik je semua cacar yang melekat.

Kita yang terlebih merana…
Tidur memang confirm tak cukup, anak sekejap-sekejap bangkit, nasib baik susu badan, paginya ke kerja la dengan mata sebesar mata tikus dan selegam mata panda (teringat Po, Kungfu Panda..lebih kurang la hehe)
                                                                                                                                             
Dan scene paling best…jarak jalan semakin tersekat dan berat sebab anak asyik nak melekat, kalau lepas satu jari mau satu taman perumahan dengar suara dia menjerit..adui!

Ya, anak saya memang tengah tak sihat J

Selamat Hari Ibu semua…saya,anda,kamu,korang,kita dan semua yang merasai pengalaman ini pasti tahu pengorbanan terlalu besar menjadi seorang ibu..hargai la masa dengan anak kerana esok-lusa dia dah pun membesar dengan bjiak (dalam case saya susu Dumex) dan masa yang berharga tidak akan kembali lagi


0 mesej:

 

Inspirasi Sha Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei