Friday, November 25, 2011

Driving Nuts

on 11/25/2011 11:23:00 AM 0 mesej
Bukan kereta saya tapi model yang sama juga saya guna hehe
Sha suka memandu..dulu nak ambik lesen motor tapi ayah tak bagi, kononnya Sha ni tak nampak lasak (uhh?? saya? feminin? huhu)


Tapi yang buat kita semua senang dapat sakit jantung sebab cara pemanduan orang zaman sekarang memang TAK BERHEMAH

Ni ada la sikit list Sha buat nak menerangkan kenapa dada kita asyik berombak-ombak time nak pegi/balik kerja dan selalunya kalau sampai kat tempat parking rumah..panas semacam je

1. Container @ kenderaan besar-besar buat jalan raya macam rumah korang sendiri je..rasa nak masuk laluan orang lain, main suka-suka redah je pastu tak bagi signal..macam mana la tak selalu sangat penunggang motor eksiden dengan korang? (rasa nak mengaum je ngan dorang ni!)

2. Kepada kenderaan yang bajet mahal tu, tolong la jangan nak berlagak ok? bawak kereta tak reti menoleh ke kalau nak masuk laluan orang lain? korang ni ambik lesen terbang ke dulu? main bayar je yek? (panas panas!)

3. Sha memang ada masalah dengan penunggang motor yang suka cilok-cilok ni, secara jujur la nak tanya diorang ni "korang tak sayang nyawa ke?" cuba la bawak motor tu tenang-tenang je, bukan nyer Sha tak bagi korang laluan atau tutup laluan korang kan? karang ada kes lagi penunggang motor terbujur dijalanan..

4. Siapa yang takde masalah dengan kes double parking? cuma orang tak bawak kenderaan je la agaknya, kalau nak double parking sekali dengan pemandu tu duduk dalam kereta je..tu tak mengapa, soalnya korang double parking tapi pemandu je dah melilau pergi mana-mana ntah, siap parking lelama tu? pastu kita tunggu la macam burung belatuk! (mendidih mendidih)

5. Lagi satu..tak paham kenapa kalau time kita nak masuk ke jalan utama, kenderaan yang tau kita nak masuk dan dah pun nampak kita bagi signal dengan sopan santun tapi dorang rasa macam dorang loser je kalau bagi laluan pada kita sedangkan korang jauh lagi ke belakang, ada prize winning ke kalau dorang berjaya pintas kita dengan hebatnya? (tak paham la)


6. Dah banyak kali nampak benda ni dan hari tu pun eksiden pasal hal ni, kita cross jalan lepas tu penunggang motor ni tak nampak sebab sibuk main SMS?? dan bump tepi kereta Sha pastu lari selaju-lajunya (OMG macam dalam drama la)


7. Budak-budak muda yang baru dapat lesen kereta @ memang takde lesen pun, korang ni betul-betul boleh membahayakan nyawa orang lain dengan cara korang bawak kereta/motor yang ntah apa-apa tu..kes ni termasuk juga dengan budak-budak yang bawak basikal Fixie yang suka bawak tengah-tengah jalan raya pastu ada hati bagi renungan maut pada kita balik sebab hon dorang..(korang dah giler ke apa?)


banyak sangat la kalau nak list kan, kesimpulannya dengan cara pemanduan orang Malaysia sekarang..kalau kita tak langgar orang..orang akan langgar kita..tak boleh nak elak dah selagi dorang ni takde kesedaran sivik

Hati-hati memandu ok..we never know when we'll meet the accident  :)

Small Note : teringin la nak makan kat Big Plate..hari tu Qi dalam Jalan-Jalan Cari Makan perkenalkan..yummy!

Friday, November 11, 2011

Pengalaman On9 Shopping

on 11/11/2011 11:29:00 AM 0 mesej
Kalau tanya orang lain..masing2 ada pengalaman masing-masing time beli on9 tapi bagi Sha..so far everything ok except certain picture is way too cute than the actual stuff u received especially when it comes to Korean clothes..beware ok

Tapi so far handmade stuff tak pernah lagi rasa rugi beli sebab mungkin passion Sha pada handmade so i appreciate it to the bits!

latest barang yang Sha beli adalah dari handmade delight..memang super cute :) *senyum sampai ke siku* selalu surfing blog ni sebab nak cari inspiration untuk jahit sendiri tapi memang suka tengok pun dan selalunya memang bag dia yang yummy yummy cepat betul orang grab..hurmm

Dah rezeki kot so hari tu Sha tengok je available terus grab! ni picture nya, yummy kan? hehe

Sha rekemen juga handmade stuff dari macam2 kwn on9 yang buat crafting sendiri tapi kalau nak kira dari pengalaman sendiri yang selalu berulang kali beli dan tempah adalah MyBotang (strongly suggest) dan juga dari Artchala (marvellous beg dia buat)

Sha selalu surf tengok beg-beg dorang dan yang bestnyer kalau pakai beg handmade, it's only one and only..ok ada certain beg yang boleh reorder but it's not likely stuff u can just point out and pay at the local store so I LOVE HANDMADE (can it get any more obvious?)

oh sha ada beli juga starter kit dari Yana Craft , dulu penah order HP case dengan cookie monster keychain, pastu dah buat sendiri felt craft tapi nak juga beli starter kit sebab malas sangat nak pegi kedai cari barang-barang semua so order je, tunggu hasil keje ok sebab yang bagusnyer Yana siap bagi CD cara nak buat..baguskan?

Sha beli yang ni

Ok nak terangkan juga Sha bukan la shopaholic tapi ada certain stuff especially handmade yang kita rasa nak beli gak tapi kena la control budget dan make sure kita betul-betul akan gunakan dan pakai benda yang kita beli, think before u buy :)

Lagi satu jangan suka nak reserved satu barang tu kalau kita tak mampu nak bayar, kadang-kadang buang masa reseller juga nak sediakan invoice dan tolak ke tepi pesanan pelanggan lain (based on my personal experience as a Shaz Clozet owner)

nota kecil : ari ni 11.11.11 (a very extra special day) so byk kwn2 yang kawin ari ni..Selamat Pengantin Baru frenzy
 

Inspirasi Sha Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei