Friday, November 25, 2011

Driving Nuts

on 11/25/2011 11:23:00 AM
Bukan kereta saya tapi model yang sama juga saya guna hehe
Sha suka memandu..dulu nak ambik lesen motor tapi ayah tak bagi, kononnya Sha ni tak nampak lasak (uhh?? saya? feminin? huhu)


Tapi yang buat kita semua senang dapat sakit jantung sebab cara pemanduan orang zaman sekarang memang TAK BERHEMAH

Ni ada la sikit list Sha buat nak menerangkan kenapa dada kita asyik berombak-ombak time nak pegi/balik kerja dan selalunya kalau sampai kat tempat parking rumah..panas semacam je

1. Container @ kenderaan besar-besar buat jalan raya macam rumah korang sendiri je..rasa nak masuk laluan orang lain, main suka-suka redah je pastu tak bagi signal..macam mana la tak selalu sangat penunggang motor eksiden dengan korang? (rasa nak mengaum je ngan dorang ni!)

2. Kepada kenderaan yang bajet mahal tu, tolong la jangan nak berlagak ok? bawak kereta tak reti menoleh ke kalau nak masuk laluan orang lain? korang ni ambik lesen terbang ke dulu? main bayar je yek? (panas panas!)

3. Sha memang ada masalah dengan penunggang motor yang suka cilok-cilok ni, secara jujur la nak tanya diorang ni "korang tak sayang nyawa ke?" cuba la bawak motor tu tenang-tenang je, bukan nyer Sha tak bagi korang laluan atau tutup laluan korang kan? karang ada kes lagi penunggang motor terbujur dijalanan..

4. Siapa yang takde masalah dengan kes double parking? cuma orang tak bawak kenderaan je la agaknya, kalau nak double parking sekali dengan pemandu tu duduk dalam kereta je..tu tak mengapa, soalnya korang double parking tapi pemandu je dah melilau pergi mana-mana ntah, siap parking lelama tu? pastu kita tunggu la macam burung belatuk! (mendidih mendidih)

5. Lagi satu..tak paham kenapa kalau time kita nak masuk ke jalan utama, kenderaan yang tau kita nak masuk dan dah pun nampak kita bagi signal dengan sopan santun tapi dorang rasa macam dorang loser je kalau bagi laluan pada kita sedangkan korang jauh lagi ke belakang, ada prize winning ke kalau dorang berjaya pintas kita dengan hebatnya? (tak paham la)


6. Dah banyak kali nampak benda ni dan hari tu pun eksiden pasal hal ni, kita cross jalan lepas tu penunggang motor ni tak nampak sebab sibuk main SMS?? dan bump tepi kereta Sha pastu lari selaju-lajunya (OMG macam dalam drama la)


7. Budak-budak muda yang baru dapat lesen kereta @ memang takde lesen pun, korang ni betul-betul boleh membahayakan nyawa orang lain dengan cara korang bawak kereta/motor yang ntah apa-apa tu..kes ni termasuk juga dengan budak-budak yang bawak basikal Fixie yang suka bawak tengah-tengah jalan raya pastu ada hati bagi renungan maut pada kita balik sebab hon dorang..(korang dah giler ke apa?)


banyak sangat la kalau nak list kan, kesimpulannya dengan cara pemanduan orang Malaysia sekarang..kalau kita tak langgar orang..orang akan langgar kita..tak boleh nak elak dah selagi dorang ni takde kesedaran sivik

Hati-hati memandu ok..we never know when we'll meet the accident  :)

Small Note : teringin la nak makan kat Big Plate..hari tu Qi dalam Jalan-Jalan Cari Makan perkenalkan..yummy!

0 mesej:

 

Inspirasi Sha Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei