Saturday, October 06, 2012

setia bersama..Daiso

on 10/06/2012 12:12:00 PM 0 mesej
Semalam dah tanya en.suami dan dia pun dah bagi green light untuk pergi ke Langkawi  

(happy memang happy tapi dia pun memang sentiasa sokong dan bagi keizinan nak pergi mana-mana atau nak sambung study macam sekarang ni cuma Sha kena sentiasa alert tugas Sha sbg ummi, wife, staf opis dan student..penat tapikan bila kita niat semua usaha dan kerja-kerja kita tu sebagai ibadat..insyaAllah pahala yang kita dapat)

Cuma bila dah study ni..serius takde masa nak berniaga baby clothing.. (sedih..)

cuma amik handmade order je tu pun tak boleh rushing-rushing sangat sebab memang tak menang tangan :(

 kes lain..sapa suka pergi Daiso? pada sesapa yg tak tau Daiso adalah kedai menjual barangan Jepun..macam-macam ada dan segalanya cuma RM5!

(seriiously..kalau nak beli pun lebih baik beli barangan yang betul-betul berbaloi dengan harga RM5..kalau setakat sudu harga RM5 tak payah ler...)

Sha memang suka barangan Jepun..anything just name it, adik Sha penah accidentally pergi the biggest store Daiso at Sunway Pyramid dan belikan Sha beg laminated kaler biru polkadot putih dan buku kraf Daiso yang ada siri-siri dari no 1 - 4 cuma dia belikan no.1 jer coz harganya RM5 dan dia cuma budak sekolah jer time tu

(Sha ada belikan untuk mak mertua sekali buku siri 1-4 time anniversary dia hehe..well dia memang suka benda-benda macam ni gak)

almost like this (yes..i google it)


Time tu la hati rasa melonjak-lonjak nak ke Daiso so when i heard the shop will be opening the branches at Harbour Palace, Klang.....(can u imagine my excited now?)..

but the funny thing is..i didn't go there first coz masa jalan-jalan kat Jusco Bukit Tinggi suddenly i discovered Daiso newly open there.. (surprisingly awwwWWW) 

here's the pic (again google it)




Ok pergi juga Daiso Harbour Palace..tak ingat dah tarikh..masa pembukaan tak dapat pergi sebab bz bee dgn macam2 hal...

tak kisah la tu..janji pergi juga :)


Kat Harbour Palace pun ada Mr. DIY at lower ground floor which i constantly go..selalunya akan ada 1 tempat yang dorang akan lambak barang dgn harga yang murah..macam hari tu Sha sempat beli sign 'toilet' yang ada cute bear dgn harga 50 sen jer..simple craft buat dari kain tapi sgt comel :)

balik tu terus gantung sebelah tandas hehe

# today's read : http://jenbowles.typepad.com/jen_bowles_design/2012/03/anthropologie-inspired-berry-basket-storage.html

well..i have a 'thing' for polkadot :)

Wednesday, October 03, 2012

Pergi @ tak pergi?

on 10/03/2012 01:59:00 PM 0 mesej
Holiday/Vacation = relaxing mind

sapa tak suka pegi holiday kan? (yer..saya pun tak terkecuali..bohong la kalau kata tak suka kan?)

walaupun malas nak packing baju-baju..especially bila dah ada anak ni (syok lagi pack barang dia..susu dia, baju matching-matching, kasut dia lagi tu belum masuk snack dia hehe)

tapi kalau opis buat trip?

imagine jimat BANYAK duit tu.... (yer saya memang kedekut skit untuk diri sendiri)


so... nak pergi ke tak pergi? lama...3 hari tinggalkan 2 lelaki yang tersayang (Zafar dan abah dia)

Destinasinya? Langkawi (tak pernah pergi okay..)

kalau pergi.....
DAPAT NAIK BRIDGE NI

DAPAT LAWAT TEMPAT NI

DAPAT RELAX-RELAX MACAM NI

DAPAT NAIK CABLE NI

DAPAT NAIK NI
 Ok la yang last pic tu kalau tak kena bayar..free ditanggung opis..saya ON je :)

hmm...nak pergi ke tak nak?


Friday, September 28, 2012

hari-hari biasa

on 9/28/2012 02:01:00 PM 0 mesej
Ok hal-hal study dah settle..amik dlm setengah hari gak nak settle.

Ahad ni start kelas, hopefully everything went well for me

meanwhile..sibuk uruskan si kecik yg dah suka sgt conteng dinding dan berendam lelama ni

-__________________________-


 Hari-hari bz.. kesian pd yg kekurangan kasih syg..

Zafar slalu juga kena bising dgn ummi dia

bila anak-anak tidur selalu la cium kepala, doakan dia yg elok dan jgn lupa panggil dia dengan berbin/bintikan nama ummi sblm nasihat

lagi satu..lepas ambil air wuduk, jgn lupa sapukan pada ubun anak kita dengan niat yg baik2 :)



Tuesday, August 28, 2012

Selamat Hari Raya

on 8/28/2012 01:32:00 PM 0 mesej



pagi-pagi bangkit tido
hati gembira anak yang tersayang
semakin bijak
semakin comel
semakin nakal (adussss...part ni tak tahan)

pose zafar di pagi Syawal :)

dah register subjek baru utk sem 2 :

ACC114 - introduction to accounting
ADS460 - management principles and practises
ECO415 - economics
LAW245 - malaysian legal system 

total kredit jam : 12 so kira sem 2 ni nak cuba sehabis mungkin dapat dekan..insyaAllah

Ya Allah moga dipermudahkan pembelajaranku ini..
dan lulus dengan cemerlang
Ameen..

Friday, August 17, 2012

Syawal datang lagi

on 8/17/2012 04:27:00 PM 1 mesej

Masih di ofis lagi ketika ini..(lagi sejam je lagi.....pastu saya bebas!!)

tak la kemana pun..orang lain balik kampung jauh, kami dekat2 sini je

esok sibuk lagi nak mencari kopiah anak dgn suami (ada je benda tertinggal kan?)

segalanya serba sederhana..lebih kepada anak

Dia dah dapat baju Mickey Mouse yang comey (kaler putih..memang risau cepat kotor tapi sgt sgt cute bila dia pakai), ingat nak beli seluar jeans Mickey Mouse juga since dia suka sgt dgn MM tapi dah terbeli seluar jeans awal-awal

 -_____________________-

abah Zafar sibuk kerja..

ummi sibuk ajak ke Daiso haha

tapi nak kena pikir gak pendaftaran sem ke2 28hb ni..tgh pikir nak amik 4 ke 5 subjek huhu

Selamat Hari Raya :)



Wednesday, August 15, 2012

Goodbye Ramadhan

on 8/15/2012 01:31:00 PM 0 mesej
Selamat Tinggal..

Doakan kita bersua lagi :(


Friday, August 10, 2012

Pic yang comel

on 8/10/2012 01:32:00 PM 0 mesej
My Parents
Semua orang nak ever-lasting marriage kan? me too..i hope i can be just like my parents..still lovey dovey, still usik mengusik, still sakat menyakat..i wish for the same for my marriage *happy tears falling down*  :)

May Allah bless u mama & papa

Zafar dan mak su Ain
ini pic instagram Ain (adik bongsu 8 out of 8 hehe) dan new update pic Muhd Zafar Afif yang dah berusia 2tahun 2bulan (sok genap 2thn 3bln) 

don't ask me why she's holding a ruler..pun tak paham

masih lasak.masih comel dan semakin bijak (ummi exhausted everyday..not to mention his over interested on Ultraman..hari-hari kena dengar ayat Ultraman..hari-hari ummi kena jadi 'raksasa'..hari-hari ummi kena fire dengan zafar ultraman)

but i'm always happy and very grateful to have u dear

Alhamdulillah..

on 8/10/2012 01:06:00 PM 0 mesej
Sibuk dgn study..online biz clothing utk baby pun tertangguh..haishh

handmade je yg masih lg ON..sila ke Shaz Clozet untuk melihat koleksi


pape pun Alhamdulillah dan syukur sesangat keputusan exam sem 1 ni memberangsangkan..tak sangka dalam kesibukan dapat juga A dalam beberapa subjek..

ok kalau full time student.....i'm sure i can do so much better in getting straight A's but being e-pjj student while working, having a family to take care of and lots of other responsibility..it's very very challenging

sok nak exam..malam tu baru nak menghadap buku..itupun kalau Zafar reti tido diam2..(selalunya tak)

happy!

Salam Ramadhan buat kengkawan :) dan Salam Syawal juga

dah beli persiapan raya? kami sekeluarga simple je..sehelai baju je semua (kain baju melayu beli kat Nagoya), yg penting dapat sambut dgn keluarga kan?

ni subjek Sha amik utk sem 1 (Thank U Allah for not letting me failing on math..we both know how much i hate it hehe)

Thursday, March 15, 2012

Updated : Zafar & Petua

on 3/15/2012 05:42:00 PM 0 mesej

Ni pic terbaru Muhd Zafar Afif yg dah pun berusia 1 tahun 10 bulan..

tak lama lagi akan berusia 2 tahun.. :)

pic ni amik masa jalan-jalan ke Space U8 kat Bukit Jelutong..masa pergi tak banyak kedai dibuka lagi




Nak share petua dari SomethingSweet untuk anak-anak


Ini ada satu petua dari ibu saya

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri. Selamat mencuba......

Bestkan jadi seorang ibu....


Yup memang best jadi ummi :)

small note : kena kerja kuat untuk masa depan anak-anak kita tapi jangan sesekali pandang remeh pengajaran dan didikan untuk anak terutamanya 0-2 tahun

Wednesday, March 07, 2012

You're Beautiful, Allah Loves You

on 3/07/2012 05:21:00 PM 1 mesej
Hari Sabtu (3 Mac 2012) Sha luangkan masa pergi ke seminar yang dianjurkan oleh Wirda di Dewan Jubli Perak , Selangor
(Zafar hantar ke rumah mertua, nasib baik suami benarkan pergi..yeay!)

ok ok..Sha mengaku Sha pergi sebab moderatornya adalah Wardina :) *senyum sampai ke telinga* (i love her inspiring words..Sha suka copy paste ayat motivasi dia ke FB untuk semangat diri sendiri dan nak tambah pahala..who says FB can't be use wisely?)

tapi dalam masa yang sama tajuk seminar ini saje dah cukup indah kan? sangat tertarik gitu..

and the best thing is the seminar is free! hoorayyy for that :)

Sha bawak adik sekali untuk temankan Sha, Ain meragam memula coz budak remaja mana la suka sangat tadah telinga dengar nasihat ni kan..
(mak bagi nasihat pun dia tak nak terima kadang2 -_____-)

tapi Sha bodek dia bagitau ada muslimah fashion show Smart n Chic and surprisingly she enjoyed every words from the panels iaitu

Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj – Doktor Pakar Sakit Puan,  Pensyarah UKM &  AJK Pusat Pertubuhan IKRAM      Malaysia    -   Tajuk :Konsep Aurah & Hijab yang ‘Syariah Compliance’


Personal review : sangat best! slide show pasal kecantikan diri terutamanya part perumpamaan Wanita - ibarat mentimun, tergolek luka, bergolek pun luka (siap ada pic mentimun lagi haha) dan lelaki - ibarat durian, tergolek bergolek tak meninggalkan kesan (pun ada pic durian..yum yum)

admire her a lot

lagi satu panel ialah

Muna Izzah Fadzil- Peguam dan Perunding Imej  Bertauliah (Islamic Self grooming- Simple Yet Elegance)

Personal review : pun best!..sarat mengandung2 pun datang juga bagi nasihat yang amat baik dan kelakar pada kami especially part insiden yang melucukan telah berlaku pada moderator :) (yang pergi je tau hokayy)

dan moderator?? She's so humble and veryyyyyyy energetic..sangat rekemen kepada sesapa yang belum pernah join seminar yang disertai oleh Wardina..tak merugikan masa dan tenaga anda

Terpaku ok :)

ok Sha kongsikan sedikit tips dan info berkaitan seminar :-

- Sila buat rujukan Surah An-Nuur ayat 30 dan 31
- Sila juga rujuk Surah Al-Ahzab ayat 59
- dan ayat 27 Surah Al-A'raaf

petikan simple dari seminar :-

- Tudung bukanlah seperti rambut palsu, bila nak pakai tudung..it's should be covering our head and not replacing our head as tiara, hat, wig etc. did

- kecantikan sosial tidak dapat dibeli

- Tudung never prevent me from reaching my target in life

- Wearing Hijab is freedom!!!

dapat booklet dari OSM


Small Note : bila nak buat seminar di Shah Alam lagi? kalau free bolehla pergi hehe

Thursday, February 23, 2012

Kerana Dia

on 2/23/2012 05:27:00 PM 0 mesej

sumber pic : islam-quotes

Dress cantik-cantik untuk suami takpe..tak salah lagi digalakkan

Dress cun-cun untuk diri sendiri punya mata pun takpe..tak salah

Dress canggih-manggih untuk tontonan awam (terutama dengan niat kerana nak bagi kaum adam terliur..sangat salah) ,

nak bagi jeles kawan-kawan perempuan (sampai kawan pompuan tu jeles giler dan dengki )

yang akhirnya memakan diri kita bila kita mula riak (bajet hot dah tentu)

dan bila kita mula pandang sinis pada pemakai tegar sederhana dan ringkas (orang tu tak nak jadi butik bergerak ok) 

Segalanya harus kerana Dia  :)

Note : mungkin tak jadi ke Pulau Pangkor Mac ni sebab ada kelas! -_______-

Wednesday, February 22, 2012

Too Funky is Junky

on 2/22/2012 05:37:00 PM 2 mesej
:)

tips dari dekorumah

sapa suka deko rumah? entry ni untuk sapa-sapa yang suka deko rumah (macam kes saya deko rumah flat je)


ye rumah flat je tapi nak juga deko..tak salahkan?..untuk sendirian berhad hehe, tengah cari idea nak buat space creativity untuk Muhd Zafar Afif sebenarnya (dan untuk lain-lain juga)



macam yang ni comelkan? saja nak merangsang daya kreativiti dia sebab Zafar memang jenis yang cepat belajar..(dan hyper active -____- ) idea ni dari web IdeaHacker untuk sapa-sapa penggemar Ikea produk checking la web ni..seronok tengok idea-idea dorang

hilang stress kerja kalau tengok idea deko yang cool

yang ni pic dari web yang sama juga tapi ni untuk ummi Zafar (yeay!) ok mesin jahit belum beli..guna je la dulu mesin jahit portable :( (janji tahun lepas nak beli tapi tak gak beli-beli..harap2 tahun ni dapat la merasa)


ok 8 tips hias deko rumah flat/apartment..sha copy paste dari web dekorumah

silakan baca

8 Rahsia Hias Rumah Flat

Hendak menghias rumah flat (orang putih panggil apartment) memang mencabar sebab terpaksa berdepan dengan keluasan yang terhad. Tambahan pula, bagi penyewa rumah flat di bandar-bandar besar, tuan rumah sudah meletakkan macam-macam syarat. Sungguhpun bajet di kalangan pemilik atau penyewa rumah flat agak kecil, masih ada cara dan idea dekorasi yang sesuai. Nak tahu rahsianya?. Anda boleh cuba untuk menjadikan flat anda seperti di hias oleh seorang interior designer.

#1 Balance and harmony
Untuk dekorasi rumah flat anda, pentingkan keseimbangan dan keharmonian. Perabot, kemasan, dan aksesori harus seiring dengan skema dekorasi anda. Tetapi tidak bermaksud ia perlu serupa. Terlalu banyak yang serupa, hilanglah kreativiti anda.

#2 Dekor rumah bukan bilik

Kerana keluasan terhad, hias rumah anda, bukan hanya bilik. Daripada pening memikirkan konsep hiasan bagi setiap bilik atau ruang, anda hanya perlu menghias keseluruhan dalaman rumah dengan tema, stail atau warna yang digemari untuk mendapatkan flow dekorasi anda. Cuba pilih warna dinding yang terang (bright and bold) untuk satu bilik. Psikologi warna dalam hiasan dalaman. Gunakan warna yang sama pada bedding set dalam bilik yang satu lagi. Kemudian hias ruang tamu dengan bantal kecil pada sofa atau hamparan (masih warna yang sama).

#3 Kualiti dan jenama

Anda tidak perlukan setiap sudut dihiasi dengan perabot dan aksesori oleh pereka terkenal. Harga dan jenama tidak begitu penting. Cuma elakkan daripada menempatkan benda yang murah bersama yang mahal. Ia hanya menampakkan lagi 'murahnya' barang tersebut.

#4 Kurang lebih baik

Semakin anda kurangkannya, semakin lebih anda akan dapat. Apa maksudnya?. Pemilihan dan aturan perabot dan aksesori hiasan yang kelihatan kemas, simple, tidak kira berapa kosnya, akan nampak lebih bergaya dan mahal. Kerana ia berkait rapat dengan ciri hiasan dalaman moden yang elegan.

#5 Mix and Match

Ruang tamu anda yang dipenuhi dengan produk IKEA hanya akan kelihatan 'keterlaluan'. Adun dan padankan apa jua yang ada. Begitulah pakar hiasan dalaman melakukannya agar dekorasinya tampil lebih berkesan.

#6 Kurangkan ukuran untuk lebih luas

Sesuaikan ukuran perabot dengan bilik. Jika bilik anda kecil, anda perlukan perabot bersaiz kecil juga. Apa yang anda boleh lakukan ialah menggantung lukisan atau artwork bersaiz besar untuk mencipta ilusi sebuah bilik yang luas. Namun anda tidak boleh gunakan trik yang sama ketika memilih perabot.

#7 Masa adalah segalanya
Sebaik sahaja melangkah ke kediaman baru anda, anda terus berfikir untuk membeli perabot dan aksesori bagi memenuhi ruang yang ada. Sabar...kemungkinan pencarian kali pertama anda akan gagal menemui apa yang diinginkan. Yang mana akhirnya, anda memilih sesuatu yang kurang sesuai untuk rumah flat anda. Atau anda terpaksa berbelanja lebih pada hari tersebut. Ambil masa sehingga anda jumpa yang benar-benar sesuai dengan citarasa dan kediaman anda. 

#8 Too funky is junky

Tidak salah dengan ciri funky. Warna yang striking, bentuk unik, selalu menarik pandangan. Ia akan jadi lambang citarasa anda dan mempunyai mesej yang tersendiri. Tetapi jangan over. Tonjolkan secara minima. Jika banyak sangat, jadi serabut atau semak. Contohnya, anda hanya perlu tempatkan salah satu koleksi pasu anda di ruang tamu. Bukan ke lebih unik?. 


jom deko!

Thursday, February 16, 2012

Nak feeling holiday :)

on 2/16/2012 05:26:00 PM 0 mesej


Tengokkan gambar yang cun-melecun ni..rasa macam nak feeling holiday la..(huhu)


lamanya dah tak pergi holiday jauh2..planning nak ke Cameron/Genting Highland pun asyik la tak jadi :( time sebelum dpt anak dapat la pergi berdua tapi bila dah bertiga..sampai sekarang tak pas ke sana..

Mesti syok tengok Zafar main game kat outdoor and indoor activity kat Genting atau lari-lari kat Strawberry Park kat Cameron Highland..(kompom ada bab lari coz Zafar memang suka berlari-lari hehe)


okeh..dah bayang semua tu :)

24-25-26 Mac ni mungkin la pergi ke Pulau Pangkor (last pergi situ time Tingkatan 2..lama giler) , kali ni pergi ramai-ramai macam dulu gak..

kira family big trip la tapi harap-harap la jadi sebab planning sebelum ni semua gagal..last2 jalan kat situ-situ je la

have a nice day korang :)

Wednesday, February 15, 2012

Fadhilat Mengasihi Anak

on 2/15/2012 05:32:00 PM 0 mesej
Senyuman Si Manja 
Di kala sakit :(

Renungan Tersayang
Obsesi Ultraman Melanda
Senyuman yg mencairkan hati ummi
keletah yang tak menang tangan

Si Nakal yg bijak
Zafar 1 tahun 8 bln :)

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

Note : entry sebelum balik keje huhu


 

Inspirasi Sha Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei