Thursday, March 15, 2012

Updated : Zafar & Petua

on 3/15/2012 05:42:00 PM

Ni pic terbaru Muhd Zafar Afif yg dah pun berusia 1 tahun 10 bulan..

tak lama lagi akan berusia 2 tahun.. :)

pic ni amik masa jalan-jalan ke Space U8 kat Bukit Jelutong..masa pergi tak banyak kedai dibuka lagi




Nak share petua dari SomethingSweet untuk anak-anak


Ini ada satu petua dari ibu saya

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri. Selamat mencuba......

Bestkan jadi seorang ibu....


Yup memang best jadi ummi :)

small note : kena kerja kuat untuk masa depan anak-anak kita tapi jangan sesekali pandang remeh pengajaran dan didikan untuk anak terutamanya 0-2 tahun

0 mesej:

 

Inspirasi Sha Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei