Monday, April 29, 2013

Make a splash read

on 4/29/2013 06:36:00 PM 0 mesej
Menyahut seruan 'banyakkan membaca' oleh kerajaan. maka itu, Sha bawa anak ke library Shah Alam

eceh hehe...

Ceritanya begini..library bukan 1 tempat asing bagi Sha sebab masa kecik-kecik dulu..setiap hari kalau cuti sekolah Sha dengan adik-beradik mesti lepak kat library lama tapi masa tu library tak la secanggih sekarang

Kebetulan Sha pun memang hantu buku so takde la rasa boring cuma ye la kalau cuti sekolah sampai 2 bulan pastu asyik la 'menetap' kat library dari pukul 9 pagi sampai abis timing mak sha abis keje dalam pukul 5-5.30 petang baru dapat ambik kami..mau tak boring
-_____________________________________-

Tau apa kami buat kalau boring? merayap ke Taman Tasik Shah Alam..tengok replika kapal terbang lama sampai setiap sudut kawasan library ngan Taman Tasik kami redah segala haha

Tak pun kami singgah ke Muzium sebelah je dengan library ni

Yang jarang kami buat adalah pergi ke Kompleks PKNS sebab selalunya takde bajet nak beli-beli..yer la budak-budak kan, lagipun budak-budak zaman dulu tak sama ngan budak zaman sekarang..nak dapat RM5 setiap hari pun susah.

Library lama Shah Alam macam bawah ni
Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam




Pastu dorang berpindah ke lokasi baru di area Kelab Golf Shah Alam

Meh tengok pic library baru Shah Alam..canggih

suka sangat dengan surau kat sini..lawa





Pastu siap ada tayangan XD Theather
Harga tiket RM10

last check la..
very interesting kan?


kat sini pun ada kafe gak..
pricing ok, venue pun cantik..bila makan bleh menghadap tasik
nice....

sapa peminat frozen yogurt tutti frutti, kedai tu pun ada gak kat situ



Tapi.............
sebelum berjaya masuk ke library, ada tasik kat luar library tu
kami tersadai kat luar dekat sejam sebab Zafar obses dengan itik-itik yg ada dalam tasik

tak la banyak pun..ada 6 je

haihh..layankan aje..







Sha ke tempat yang sesuai untuk umur dia iaitu Zon Kreatif




At the end of the day..lepas Zafar dah puas explore
Zafar pilih buku ni untuk ummi dia bacakan kat rumah..sweet sgt  :)

Kalau nak singgah sila tengok alamat ni :-

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), 
Perpustakaan Raja Tun Uda, Jalan Kelab Golf 13/6, 
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, 
Malaysia

Ok sampai di sini saje entry kali ni...
Zafar sibuk nak suruh pinjam buku ke ZOO since dia baru je pegi sana baru-baru ni :)

Saturday, April 27, 2013

Zafar & Zoo Negara

on 4/27/2013 02:17:00 PM 0 mesej
I am so proud of my self sebab berjaya redah jalan sampai ke Zoo Negara with Ain and my precious Zafar

:) tak boleh berhenti senyum..hehe

A nice trip to Zoo Negara for Zafar Afif upcoming birthday on 11 May

He turn 3 Years old

lagi bape tahun je dah boleh ikut solat ke masjid..

Beberapa gambar untuk di kongsi bersama













hmm..ni 2nd location utk tahun ni..ke mana lagi lepas ni?

ummi nak tunaikan janji ummi pd Zafar (my little khalifah) bawak jalan2 kat byk tempat tahun ni..

always be ready dear..mark my promise!

Tuesday, April 16, 2013

Review : Jalan2 ke Kuantan, Pahang

on 4/16/2013 12:18:00 PM 0 mesej
7.4.2013 (Ahad)

Pic Zafar terlebih excited dalam keta :)

sangat la meragam..asyik kena marah dengan Baba & Opah (sian dorang jadi migrain tengok kenakalan anak ummi ni hehe)

Konon2 angkut la Ultraman dari rumah dengan harapan senyap la budak tu tapi....terlebih gula ada lah
(confirm Baba & Opah menyesal bawak dia sekali haha)

scene muka ummi macam hulk hogan tak nampak kat sini hehe tapi sian anak ummi ni ye..coz kami jarang sangat jalan..last jalan bawak dia time kenduri cukur jambul anak adik ipar kat Johor..itu pun tahun lepas
huhu..tapi ummi janji tahun ni kita jalan2 cari makan okeh!



Zafar sempat sambar ni time singgah kejap R&R kat Temerloh

stress ummi....


Mula2 budget tak nak stay over tapi since ini 1st time ke Kuantan jadi kami ambik keputusan nak stay jugak la semalam dan hotel bajet pilihan kami adalah Season View kat Kuantan, Pahang.

terpampang kat iklan siap2 berapa harga bilik semalam..senang kan?
(no hidden charges of course melainkan kalau korang de la amik tuala sehelai dua kan dan dorang tau la plak kan..so..erm..harus la bayar)

Kitorang tak la camtu :)


Sebenarnya Sha pegi Kuantan sebab nak amik adik yang dah abis pra-asasi TESL dia jadi amik peluang cuti2an sekali..

Nak makan kat sini senang je..berlambak gerai makan dan yg best kat area hotel ni pun banyak gerai makan
malam tu kami belasah makan Tom Yam, Nasi paprik dengan telur bungkus dan minuman plak Air Tembikai (marvelous!)

kat area hotel ni pun banyak gak hotel jadi jangan risau cuma harga semalam tu harus cari sendiri la..
tak buat homework lak :)

8.4.2013 (Isnin)

Standard macam hotel lain..breakfast free (ye ke standard?)
dan makanan dia memang best..menu mesti try adalah roti bakar..yes walaupun roti bakar tapi sangat sedap

settle hal adik kitorang terus pegi Pantai Teluk Cempedak..
masuk2 je terus nampak fast food huhu..ada McD, KFC pastu tutti frutti pun siap ada..wahhhh

Nasib baik Zafar tak banyak songeh sebab dia teruja nak mandi pantai kot










Sebelum nak sampai pantai tu..kitorang kena lalu jambatan panjang.........
(yup..that long :) )

Zafar berlarian dengan penuh kegembiraan seperti pic di atas

dah sampai pun kat pantai..indahnya ciptaan Allah





dan lagi Zafar in action





balik tu sempat sambar T-shirt untuk kenang2an dan kami bertolak balik petang dalam pukul 3 lebih dan sampai rumah almost Maghrib

just nice

Alhamdulillah..seronok sangat tengok Zafar happy :)


The End
 

Inspirasi Sha Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei