Monday, April 29, 2013

Make a splash read

on 4/29/2013 06:36:00 PM
Menyahut seruan 'banyakkan membaca' oleh kerajaan. maka itu, Sha bawa anak ke library Shah Alam

eceh hehe...

Ceritanya begini..library bukan 1 tempat asing bagi Sha sebab masa kecik-kecik dulu..setiap hari kalau cuti sekolah Sha dengan adik-beradik mesti lepak kat library lama tapi masa tu library tak la secanggih sekarang

Kebetulan Sha pun memang hantu buku so takde la rasa boring cuma ye la kalau cuti sekolah sampai 2 bulan pastu asyik la 'menetap' kat library dari pukul 9 pagi sampai abis timing mak sha abis keje dalam pukul 5-5.30 petang baru dapat ambik kami..mau tak boring
-_____________________________________-

Tau apa kami buat kalau boring? merayap ke Taman Tasik Shah Alam..tengok replika kapal terbang lama sampai setiap sudut kawasan library ngan Taman Tasik kami redah segala haha

Tak pun kami singgah ke Muzium sebelah je dengan library ni

Yang jarang kami buat adalah pergi ke Kompleks PKNS sebab selalunya takde bajet nak beli-beli..yer la budak-budak kan, lagipun budak-budak zaman dulu tak sama ngan budak zaman sekarang..nak dapat RM5 setiap hari pun susah.

Library lama Shah Alam macam bawah ni
Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam




Pastu dorang berpindah ke lokasi baru di area Kelab Golf Shah Alam

Meh tengok pic library baru Shah Alam..canggih

suka sangat dengan surau kat sini..lawa





Pastu siap ada tayangan XD Theather
Harga tiket RM10

last check la..
very interesting kan?


kat sini pun ada kafe gak..
pricing ok, venue pun cantik..bila makan bleh menghadap tasik
nice....

sapa peminat frozen yogurt tutti frutti, kedai tu pun ada gak kat situ



Tapi.............
sebelum berjaya masuk ke library, ada tasik kat luar library tu
kami tersadai kat luar dekat sejam sebab Zafar obses dengan itik-itik yg ada dalam tasik

tak la banyak pun..ada 6 je

haihh..layankan aje..







Sha ke tempat yang sesuai untuk umur dia iaitu Zon Kreatif




At the end of the day..lepas Zafar dah puas explore
Zafar pilih buku ni untuk ummi dia bacakan kat rumah..sweet sgt  :)

Kalau nak singgah sila tengok alamat ni :-

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), 
Perpustakaan Raja Tun Uda, Jalan Kelab Golf 13/6, 
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, 
Malaysia

Ok sampai di sini saje entry kali ni...
Zafar sibuk nak suruh pinjam buku ke ZOO since dia baru je pegi sana baru-baru ni :)

0 mesej:

 

Inspirasi Sha Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei