Thursday, December 31, 2015

Last day of 2015

on 12/31/2015 10:31:00 AM 0 mesej
Cepat sangat rasanya tahun ni..

2016 dah pun nak menjengah esok

2015 memori yang macam-macam, setengah tahun saya bertemankan baby yg dalam perut ni.

Tahun depan Zafar dah 6 tahun, dia akan beradik..macam mana la habit dia bila beradik?

Seriau pikir tapi saya nak sematkan benda positif dalam fikiran jer. Dia rajin berbual dengan adik, suka usap perut ummi dia. Masa ajar Zafar mengaji, saya akan tepuk perut bangkitkan si kecik untuk sama sekali mendengar. Ajaibnya dia mesti akan bergerak..mendengar abangnya mengaji.

Dan lagi ajaibnya si kecik ni suka sangat dengar suara abangnya menyanyi haha
(Zafar memang suka tayang vokal dia -_________-)

Banyak target saya tahun depan, dah bersusun list dalam fikiran. Terutamanya berkaitan masa depan Zafar dan adiknya.

Saya sharekan antara pic terbaru dia tahun ni




Meh hirup udara hari last tahun 2015

Semoga tahun 2016 kita akan sentiasa istiqamah dalam apa jua yang kita lakukan.

Selamat Tahun Baru 2016

Salam Kasih,

Wednesday, December 30, 2015

Review : isooka online shopping

on 12/30/2015 02:47:00 PM 4 mesej

Terjebak dgn isooka plak dah haha..

Masa layankan Zafar tengok cerita kat Astro Ceria, keluar la iklan Oh My English pasal beg sekolah label dorang sekali ngan set stationery friendship ngan sling beg school.

ni..


Tengok tak harga dia? yup RM39.90

Bagi saya harga tu berbaloi-baloi sebab nak cari bermutu dengan harga rendah..kadang winsome and losesome

iklan yang menarik :)

Jadi saya terus log on website isooka  keesokannya dari opis dan survey abis-abis. Macam dalam pic atas tunjuk, ade 5 kaler, Navy, Lime, Blue, Red dengan Magenta.

Minat merah, biru terutamanya yang kaler hijau lime. Nampak refreshing. Design simple jer sebenarnya, ade wording 'Çool Kids Rule The School'

Parents yang suka anak-anak pakai beg ada corak kartun, boleh gak jengah brand lain dari website ni, ada brand Didi & Friends, Marvel, Disney, Sofia the First, Star Wars dan Transformers tapi harga dia kena la setimpal dengan brand tu sendiri haha. Macam saya, saya minat design yang menjimatkan hihi..

Ok

Lepas abis fikir, saya pun tekad nak beli. Saya register guna Astro ID,  harga sebenar beg RM37.64 (exclude GST) dan after GST harga RM39.90.

Saya choose kaler hitam, biru dan lime, kaler merah dah abis stok by the time saya nak beli. dorang restock back from time to time. Don't worry

Cuma postage la slack skit sebab total postage RM15.90 tapi kalau beli above RM150 shipping free



Saya buat online Maybank transaction dan terus dapat notification by mail. Kalau ikut web, dalam 3 hari akan dapat barang. Saya bayar pada 28.12.2015 dan receive barang hari ni, 30.12.2015

Awal sehari :)

 
                


Kualiti bagus, overall puas hati. First time beli kat isooka, good impression, delivery fast, takde yang negatif so far.

Parents yang suka simple-simple, you may go for this type of bags.

As for me, another good bargains.

updated:

Dapat free gift :)

saya purchased atas RM80 jadi dapat la Astro Circle Canvas Bag



Salam Kasih,

Monday, December 21, 2015

Goodbye Shaz Clozet

on 12/21/2015 11:37:00 AM 0 mesej
 
Goodbye Shaz Clozet..my small online blog shop

The truth is..saya tak boleh commit selling baby stuff. For the future..maybe

I had my ups and downs while handling online business. Most of my customers is so sweet and only a little put me an off :)  Macam mana pun saya akan kembali selling baby stuff when the times is right and of coz the items is worthable for you guys.

As far now..cannot :(

Pengalaman selling memang best dan paling syok bila wrapping customers order comel-comel..i had creativity urge inside me i guess LOL

Sadly..this is the end

Shaz Handmade (personal) masih dikekalkan.

sob sob sob

For those who still remember SHAZ CLOZET branding..thanks again for the memories

Tuesday, December 15, 2015

Review : Katil Kayu Baby Cot Preloved

on 12/15/2015 12:42:00 PM 0 mesej

Again with review :)

Tak lama..lagi dua bulan insyaAllah akan bertambah anugerah Allah bagi

Saya berangan dah nak beli katil kayu kali ni untuk si kecik yg masih dalam perut, masa time Zafar dulu parents belikan yang sekali dengan play pan tapi bukan kayu.

Bajet seperti biasa tak nak lebih dari RM250

Katil Kayu Baby RM250 ke bawah?

saya tau dekat femes brand Ikea ada posting pasal katil yang ni..simple dan kemas

RM179
Tapi RM179 tanpa tilam

Saya survey website Mudah mencari second hand tapi tip top condition, kalau dapat yang setakat beli tapi tak pernah pakai lagi bagus haha.

Ada jumpa yang RM160 tapi condition 8/10..

Since tak berpuas hati saya survey lagi dari hari ke hari, gigih tengok walaupun sibuk dengan assignment dan kuliah haha

Reason kenapa cari second / preloved?

Saya dah bajet kalau si kecik ni tak minat nak guna katil tu, tak la terasa rugi dan sentiasa boleh jual kembali..parents on budgeting macam saya ramai kat luar tu.

Jumpa kedai second hand traders. mostly barang dari Singapore. Dekat area rumah, boleh angkut terus masuk dalam kereta..no delivery charges occurred :)

Tapi katil baby putih yang saya minat dah takde..cepat sangat yang rembat.

Owner cakap memang rezeki saya ada satu katil baby RM220 dan dia belum lagi sempat upload dekat Mudah

Alhamdulillah

 


Sekali checking brand IKEA haha..untung siap dapat tilam yg berjenama dan yang best dapat kurangkan harga jadi RM210

Ni alamat dia

Akutrader Enterprise,
No 9, Jalan Kebun Nenas 3A/KS 8,
Bandar Putera 2, 41200 Klang,
Selangor.
FB: akutrader trading
GPS: 2.979772, 101.499841

Call/Whatapps 016 2385424/ 013 3322566


Saturday, October 17, 2015

2nd Review : Online Shopping di Nile

on 10/17/2015 12:44:00 PM 0 mesej
Seperti yang saya mention last entry, ni saya buat 2nd review pasal online shop kat Nile.
Pembelian first tu termasuk sekali dengan 2 barang yang saya nak review ni.

Saya target purse dan pencil box.

Since start belajar e-pjj kat Uitm Shah Alam dari 2011, pencil box masih yang itu juga. Saya beli handmade yang dibuat oleh Mybotang. Sangat bertahan sampai saya rasa sendiri nak bertukar warna kulit dan bau. Haha alasan. Pencil box tu dah pun saya cuci bersih nak passing pada si kecik Zafar. Next year menginjak umur 6 tahun, dia dah boleh pakai untuk pra-sekolah.

Mind set nak cari purse, kalau boleh nak tahan lama. Jenuh gak belek pic purse kat Nile, mana pic yang Nile bagi saya akan besarkan, zoom sehabis-habis nak tengok kualiti. haha..jimat satu hal..kualiti pun kalau boleh nak yang tahan lama. Paling kurang setahun dua. Baru puas hati.

Saya interested dengan dua tiga jenis tapi last-last landing mata pada yang ni. Yup..sangat colourful.
CIN04875 Mixed Color Purse/ Wallet
Saya pilih Dark Blue. Masa entry ni ditulis, saya survey sekejap website Nile tapi colour Dark Blue dah habis. Kena rajin tengok Nile restock item.

Ni yang saya dapat.



Harga RM 16.90, Pricing sebenar RM 30.74 (jimat 45%)

Bab jimat menjimat ni memang saya suka :)

Kaler nampak macam hitam tapi sebenarnya nice je dark blue dia. Amik pic tak de filter by 360 pun cuma maybe sebab lightning opis. Haha.

Overall, puas hati sebab yakin purse ni akan tahan lama. Tegap dan jahitan kemas. Nak masuk phone pun boleh. Masa purse sampai sekali ngan blouse yang saya beli kat entry sebelum ni macam boleh matching-matching coz kaler lebih kurang jer haha. Tetiba pandai Mix and Match.

link product : Mixed Color Purse/ Wallet

Lagi satu saya usya pencil box, dapat yang ni. Ada banyak kaler tapi since murah agaknya, stok yang tinggal cuma kaler light blue. Pape pun tetap nampak comel.

Dan sebab murah dan dah zoom habis-habisan nak tengok mutu dia, saya on beli.

Pic actual tak amik sebab dah selamat masuk dalam beg sekolah dan dah pakai pun cuma yang slack sikit, masa terima delivery pencil box ni dalam kotak plastic. Kotak tu punya la berhabuk teruk, gigih saya bersihkan. Tapi kualiti bagus.

CIB88806 Make Up Bag/ Stationary bag

Harga RM 10.70, Pricing sebenar RM 15.90 (jimat 32%)

link product : Make Up Bag / Stationary Bag

P/S : review tak berbayar tapi saya suka share sebab as a customer, saya pun nervous nak beli online.

Lepas ni target nak beli barang-barang Creative lifestyle le pulak. Comel gak produk household. Yummy


Tuesday, October 13, 2015

Review : 1st Time online shop di Nile.com.my

on 10/13/2015 11:28:00 AM 0 mesej
Sedang 5 bln mengandung ni, saya baru terfikir nak mencari baju maternity hihi
itu pun bila perut dah mula ke depan haha.

Masa mengandungkan Zafar dulu, saya cuma beli beberapa helai je blouse dan 2 seluar. saya hadapkan pakai pakaian tu sampai la ke bulan yang ke sepuluh. yup Zafar lahir terlebih bulan. since dah 6 thn lepas first mengandung, entah mana box maternity yang saya simpan..bila dah berpindah dah tak jumpa.

Bukak almari, saya mula meninjau koleksi jubah yang tak sampai 5. Saya baru nak mengusya dunia muslimah yang lebih baik jadi koleksi pun tak banyak. Suami belikan satu jubah heavy chiffon di Mydin USJ warna biru putih. cantik tapi saya tetap memerlukan seluar maternity yang lasak untuk di bawa ke ofis.

Kami ke GM Klang pada awalnya sebelum suami decide untuk beli di Mydin USJ. Jumpa satu kedai pakaian mengandung masa di GM Klang, seluar pun banyak choice tapi malangnya cutting kecik di bahagian kaki. Saya jadi tak selesa. Suami pun tak approve. Hurm mencari lagi sampai penat.

Baliknya..

Saya review maternity blouse dan jumpa beberapa website. since saya jenis pentingkan review customer, gigih la saya mencari sumber review dan terjumpa Cik Epal Review dan blouse yang dia pakai masa mengandung yang dibeli di Nile sangat la comel. Walaupun di Nile takde listing Maternity tapi dorang wujudkan kategori Muslimah Fashion > Plus Size.

Saya minat 3 yang ini

A

B

C
Model tu bukan saya ya haha
Untuk memudahkan, saya letak caption A, B dan C

Material Chiffon light, saya suka combination kaler A sebab sesuai dengan jiwa saya tapi memandangkan jubah yang suami belikan pun kaler yang sama biru-putih jadi saya beralih pada option kaler B dan C.

Saya bukan suka kaler pink, tapi review dari Cik Epal kaler pink ni soft sangat dan nice. Jadi saya choose C sebabkan dark blue nampak comey hihi.

Link sumber A http://www.nile.com.my/products/13446
Link sumber B http://www.nile.com.my/products/13461
Link sumber C http://www.nile.com.my/products/13458

Measurement boleh tgk disini.


Harga market price RM 66.29 dan reduce to RM31.90 (51% discount)

Saya dah pun beli. respon bagus dan cepat sampai. Alhamdulillah.

Malangnya mungkin saya tersalah measurement, yang bermasalah cuma terasa ketat di bahagian perut haha. Lagi satu..pink tu tak soft dan the colour more to peach instead of pink. Saya disspointed sikit tapi kualiti okay sesuai dengan harga.

Apepun jangan risau, sebab kalau nak change clothes size boleh jer e-mail pada dorang support@nile.com.my  dan so far respon cepat.

saya ade beli 2 benda lain, nanti saya akan update entry yang lain.

p/s : utk seluar lasak mcm jeans, pants keje saya beli di Aeon Jusco harga berpatutan dalam RM39-69 dan baju lengan panjang RM15.90. confirm tahan 9m+ haha

Salam Kasih,

Monday, October 05, 2015

Review : White Wood Double Decker Bed

on 10/05/2015 04:40:00 PM 5 mesej
Saya dan suami dah lama plan nak beli katil double decker untuk anak2
suami suka sangat rujuk Mudah.My
kadang-kala kalau ada benda dia beli..dia akan hadap site tu awal pagi hari-hari
 
saya pulak suka broad kan range search, saya akan bukak banyak website untuk mencari yang betul-betul saya suka. Facebook, Google etc.
 
dan kami suka beli barang with a good bargain.
yup..kami memang couple yang kedekut jimat..read properly guys :)
 
saya suka katil double decker yang jenis kayu (wood) sebab saya membesar dengan memori tidur berkatil double decker kayu haha.
tak relevan sungguh.

hasil plan talk kami dalam sebulan-dua lepas, kami start survey.
dia dengan site favorite yang nan satu tu
saya dengan all-range website search.

dalam pada searching tu, saya tengok jugak katil besi dan jumpa yang comel ni.


Cambridge Double Decker Bed


IKEA Bunk Bed
Lama-lama tu..pencarian saya banyak pada wood double decker
saya fell in love dengan design-design bawah ni




Dan lama-lama jugak saya minat sangat wood double decker putih
sebab white nampak segar, kemas dan bersih.







Maaf sebab tak dapat nak provide sumber web yang saya survey coz korang boleh jer click memana dan jumpa images seperti di-atas. Lagipun dah terlalu banyak web saya track down haha.
 
Tapi harga katil double decker kayu memang mahal. paling murah RM900+
especially solid wood
teringat ayah beli siap dua set katil double decker solid wood dark time kecik dulu
(kami 8 adik-beradik)
 
puas bincang kami berdua sepakat tak nak membazir beli yang baru.
dan kami nak yang terpakai je tapi apa-apa pun bergantung pada pricing dan condition katil.
 
tak nak main beli jer.
 
dan nak solid wood.
tahan berpuluh tahun haha.
 
one day saya rasa macam frust sikit sebab yer la..design nak cun, comel tapi pricing saya nak yang murah below < RM500
wah..memang la susah nak jumpa.
nak solid wood pastu condition tip top dan murah.
mana nak dapat?
 
macam mustahil.
 
sabtu saya bukak website favorite suami untuk bargain goods.
dan saya jumpa..RM280
seriously? macam tak percaya dan solid wood. Saya terus call owner kedai. Set up nak jumpa petang tu jugak nak checking condition.
 
dan katil ni saya dapat untuk Zafar. Abaikan company name sebab saya tak beli dengan dia.
saya beli dengan kedai ni My Point
owner dia nama Franky 019-3356326
Kedai dia kat Bandar Sentosa Klang
 
Owner suka post through Mudah.my by phone
Buyer beli je terus dia delete post.
mostly buyer tinggal jauh-jauh
 
Kos penghantaran RM50
dia siap pasangkan kat rumah lagi hari yang sama juga.
betul-betul solid wood, berat sangat katil.


Paling best, bila Zafar tersenyum gembira.

Alhamdulillah..

Kami ada plan barang lain juga lepas settle yang ni.
InsyaAllah akan dikongsikan bila dah jumpa yang good bargain.


Order : Fridge Magnet & Vanity Mirror yang comel

on 10/05/2015 11:49:00 AM 0 mesej
Saya follower tegar Telekung Project ?
kerja-kerja amal yang Pn. Azila Aziz yang bermula dengan perkhidmatan mencuci telekung bagi saya satu perbuatan yang sangat baik. dari situ dia berkembang dan akhirnya projek terbaru adalah dengan support anak perempuannya,Sofea dalam bisnes kecil-kecilan juga atas dasar amal.
 
Bagus kan dorang ni?
 
Sofea ada buat jualan Vanity Mirror & Fridge Magnet yang comel seperti di bawah


boleh checking kat page Buai Edge untuk info yang latest

Hari tu ada design baru siap ada promotion postage free - combo RM5 je

Sha grab yang ini


sweetkan?

paling penting dapat beli barang yang kita minat
dan at the same time boleh beramal :)


Thursday, September 17, 2015

17 Sept

on 9/17/2015 05:20:00 PM 0 mesej
17 Sept 2015
bersamaan dgn 03 Zulhijjah 1436H


Selamat hari lahir, suami saya.


terima kasih kerana sentiasa ampunkan dosa saya.

terima kasih kerana selalu ada memegang jari saya.

terima kasih kerana tak pernah lelah melayan saya.
 

 


salam penuh cinta,


Monday, September 14, 2015

Entry Ahad

on 9/14/2015 09:35:00 AM 0 mesej
Pulang kerja jumaat lepas
langsung kami tak kemana-mana
hirup udara berjerebu
nafas jadi perit

Pagi ahad hujan turun dengan lebat
Alhamdulillah..semoga jerebu menipis

Tengaharinya dengan dingin yang masih berbaki
saya masak ala kadar
buat penghangat badan hihi


tak kemana pun..
sibuk mengemas rumah sambil dengar radio classic 70's 80's 90's songs
sambung hibernate di rumah :)
Jerebu semakin tebal walau selepas hujan.
Minum air banyak dan pakai mask ya....

Friday, September 11, 2015

Sept 2015

on 9/11/2015 01:42:00 PM 0 mesej
Lama blog tak berupdate.

saya masih lagi rajin membaca blog cuma kerana kekangan belajar, sesi membaca blog saya tukarkan kepada sesi mengadap buku.

Tak lama lagi study saya pun akan habis..tinggal 2 semester, insyaAllah semoga dipermudahkan.

Banyak juga kawan-kawan blog yang dulunya aktif dah makin tenggelam, walaupun hanya sekali sekala kedengaran cerita saya, saya harap satu hari Zafar akan dapat membaca ngomelan saya :)
 
Hati membuak-buak nak buat soft toys dalam pada cuti semester yang berbaki 2 minggu ni, maka rajin la saya berjalan-mata melihat blog yang ada..sy suka yang ni. sangat comel

jom cuba yang ni

pic Zafar terbaru, makin tinggi, makin banyak bunyi, kaki makin panjang dan bijak serta licik hehe



lagi 6 bulan Zafar akan merasa adik

InsyaAllah



 

Inspirasi Sha Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei