Thursday, September 17, 2015

17 Sept

on 9/17/2015 05:20:00 PM 0 mesej
17 Sept 2015
bersamaan dgn 03 Zulhijjah 1436H


Selamat hari lahir, suami saya.


terima kasih kerana sentiasa ampunkan dosa saya.

terima kasih kerana selalu ada memegang jari saya.

terima kasih kerana tak pernah lelah melayan saya.
 

 


salam penuh cinta,


Monday, September 14, 2015

Entry Ahad

on 9/14/2015 09:35:00 AM 0 mesej
Pulang kerja jumaat lepas
langsung kami tak kemana-mana
hirup udara berjerebu
nafas jadi perit

Pagi ahad hujan turun dengan lebat
Alhamdulillah..semoga jerebu menipis

Tengaharinya dengan dingin yang masih berbaki
saya masak ala kadar
buat penghangat badan hihi


tak kemana pun..
sibuk mengemas rumah sambil dengar radio classic 70's 80's 90's songs
sambung hibernate di rumah :)
Jerebu semakin tebal walau selepas hujan.
Minum air banyak dan pakai mask ya....

Friday, September 11, 2015

Sept 2015

on 9/11/2015 01:42:00 PM 0 mesej
Lama blog tak berupdate.

saya masih lagi rajin membaca blog cuma kerana kekangan belajar, sesi membaca blog saya tukarkan kepada sesi mengadap buku.

Tak lama lagi study saya pun akan habis..tinggal 2 semester, insyaAllah semoga dipermudahkan.

Banyak juga kawan-kawan blog yang dulunya aktif dah makin tenggelam, walaupun hanya sekali sekala kedengaran cerita saya, saya harap satu hari Zafar akan dapat membaca ngomelan saya :)
 
Hati membuak-buak nak buat soft toys dalam pada cuti semester yang berbaki 2 minggu ni, maka rajin la saya berjalan-mata melihat blog yang ada..sy suka yang ni. sangat comel

jom cuba yang ni

pic Zafar terbaru, makin tinggi, makin banyak bunyi, kaki makin panjang dan bijak serta licik hehe



lagi 6 bulan Zafar akan merasa adik

InsyaAllah



 

Inspirasi Sha Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei