Thursday, December 31, 2015

Last day of 2015

on 12/31/2015 10:31:00 AM
Cepat sangat rasanya tahun ni..

2016 dah pun nak menjengah esok

2015 memori yang macam-macam, setengah tahun saya bertemankan baby yg dalam perut ni.

Tahun depan Zafar dah 6 tahun, dia akan beradik..macam mana la habit dia bila beradik?

Seriau pikir tapi saya nak sematkan benda positif dalam fikiran jer. Dia rajin berbual dengan adik, suka usap perut ummi dia. Masa ajar Zafar mengaji, saya akan tepuk perut bangkitkan si kecik untuk sama sekali mendengar. Ajaibnya dia mesti akan bergerak..mendengar abangnya mengaji.

Dan lagi ajaibnya si kecik ni suka sangat dengar suara abangnya menyanyi haha
(Zafar memang suka tayang vokal dia -_________-)

Banyak target saya tahun depan, dah bersusun list dalam fikiran. Terutamanya berkaitan masa depan Zafar dan adiknya.

Saya sharekan antara pic terbaru dia tahun ni




Meh hirup udara hari last tahun 2015

Semoga tahun 2016 kita akan sentiasa istiqamah dalam apa jua yang kita lakukan.

Selamat Tahun Baru 2016

Salam Kasih,

0 mesej:

 

Inspirasi Sha Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei