Wednesday, January 20, 2016

Zafar Ke Pasti dan cerita tadika sebelumnya

on 1/20/2016 11:26:00 AM
 


Baru berkesempatan nak update pasal Zafar.
 
Dia ke sekolah Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam) tahun ni. Satu perubahan, sebab ape perubahan?
 
Masa umur dia 5 tahun saya hantar dia ke tadika swasta jenis SK yang sekali dengan day care , tempat yang sama jugak sebab Zafar bagi saya masih lagi kecik untuk naik van hantar ke rumah pengasuh..saya tak berani. Saya duduk di Bandar Anggerik ketika itu.
 
Dengan teknologi yang ada sekarang ni, semua ibu-bapa-tadika ada grouping whatsapp yang dikelolakan oleh tadika tersebut. Saya terkejut juga dengan responsive ibu bapa yang tak berpuas hati dengan management tadika tersebut. Banyak yang negatif daripada positif. Zafar memang jenis aktif (sangat aktif) Kalau ade benda yang tak kena dia mesti akan bagitau saya apa yang berlaku di sekolah. Sebelum daftar dia ke tadika SK, saya banyak juga baca review tentang pembelajaran jenis SK. Impressive tapi kebanyakannya bayaran mahal dan bagi saya tadika ni yurannya boleh lagi dalam kategori okay cuma management failed. seriously failed.
 
Pertengahan bulan ke enam, saya drop Zafar dari situ sebab yang sama dengan ibu bapa lain hadapi. Management teruk dan juga insiden dahi Zafar terluka dibaling pensel oleh cikgu kelasnya. Walaupun selepas itu cikgu tersebut telah diberhentikan (ataupun berhenti sendiri?) saya tetap rasa tak seronok. Ibu bapa yang lain pun ade yang mengadu di group Whatsapp tentang macam-macam insiden yang berlaku pada anak mereka.
 
Even Zafar sendiri rasa tak syok dan kerap moody bila nak ke sekolah itu.
 
Berpindah ke Klang, saya masukkan dia ke taska jer sebab dah pun masuk pertengahan tahun, saya gigih belikan buku-buku dan saya ajar-didik-pantau pembelajaran dia. Lebih puas hati daripada dia kekal di sekolah SK itu. Penat memang penat sebab dengan kerja lagi yang bertimbun di opis, saya kuatkan semangat dan sentiasa cuba positif.
 
2016
 
Zafar yang berusia 6 tahun, saya masukkan dia ke PASTI. Alhamdulillah, kebiasaannya Tadika Pasti tak memiliki Taska day care belah petang tapi Pasti di Klang ni, arrangement lain sebab ade menyediakan Taska day care yang terletak berdepan dengan Tadika Pasti. Saya pun tak risau.
 
Dan yang seronoknya, nampak yang dia suka sangat sekolah Pasti daripada sekolah SK. Sepanjang bulan 1 ni, masih lagi dalam program transisi, masuk bulan ke dua baru sesi pembelajaran yang betul. Hari-hari dia excited keluarkan buku Nur Al-Quran dan hadap hampir sejam di rumah mengulang kaji apa yang dibelajar hari tu.
 
Semoga dia akan lebih bersemangat :)
 
 
“Ya Allah, jadikanlah ia anak yang sihat sempurna, berakal cerdas, dan berilmu lagi beramal”
#Raising up anak soleh
 
Nota kaki : entry ni tak memburukkan sekolah program SK cuma iktibar bagi saya. Sekalipun sekolah swasta belum tentu anak kita akan gembira dan bersemangat. Management di Pasti juga lebih bagus. Mungkin bukan semua SK teruk macam tu.
 
Sekadar pengajaran

Salam Kasih,

0 mesej:

 

Inspirasi Sha Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei