Thursday, February 18, 2016

Meniti 39 Minggu Kehamilan

on 2/18/2016 04:27:00 PM
Kehamilan kedua kali ni memang berbeza dengan yang pertama.

Mungkin faktor umur barangkali? masa mengandungkan Zafar saya baru 20's ketika itu dan kini 30's.

Perbezaan kehamilan antaranya mabuk saya sangat sangat teruk, masa Zafar dulu saya memang mabuk teruk juga tapi tak seteruk kali ini. Masuk bulan ke empat saya dah sepenuhnya hilang mabuk tapi yang kali ni mabuk terhenti pada bulan ke lima dan on off sehingga la sekarang. Loya tetap ada walaupun dah 39 minggu. Cuma loya tu tidak la kerap.

Minat keduanya bergerak pun berbeza-beza. Zafar misalnya suka melompat dalam perut jika saya bermain game terutamanya PS2 (suami rajin mengajak sy bermain) dan gemar dengar lagu. Tak hairan la jika habit dia suka main game dan melalak.
 
Yang si kecik ni pula suka dengarkan bacaan Al-Quran..saya tidak mengehadkan pendengaran pada telefon sahaja tetapi juga melalui bacaan harian saya di rumah. Dia suka bergerak dan akan senyap selepas beberapa ketika seperti menghayati bacaan tersebut. Dan dia suka mendengar suami berborak, seakan halwa telinga penyejuk buat dia. Setiap kali suami bercakap, dia akan bergerak-gerak melainkan jika dia tidur. Hal serupa jika saya duduk mengajar abangnya, Zafar mengaji. Permulaan dulu, saya kerap bangkitkan dia untuk sama-sama mendengar abangnya di ajar mengaji. Lama-lama tanpa perlu dibangkitkan, dia akan turut sama bergerak setiap kali Zafar mula berbunyi. Haha. Sangat comel.
 
Hari ni masuk 39 minggu 3 hari tempoh kehamilan saya.
 
Antara kesakitan yang sedang dialami adalah :-
 
- sakit kontraksi palsu..  sekejap ade sekejap hilang pastu senyap. hadir tak mengira masa
- sakit tulang belakang.. terutama ketika waktu malam..berdenyut-denyut
- sakit tulang pinggul.. pedihnya hanya yang pernah mengalami yang tahu
- kaki bengkak.. lebih kepada bahagian betis sebenarnya, tapak kaki masih sama cuma cepat lenguh
- kaki kebas dan sengal-sengal..ikut info FB info ibu hamil saya kurang kalsium
 
Dalam pada itu, saya masih aktif cuma segala kerja saya perasan makin slow. Aktiviti memasak memakan masa dari kebiasaan yang saya ambil. Lipat kain baju okay juga sebab saya duduk cumanya kaki kebas dan sengal-sengal T__T
 
Ikutkan perkiraan doktor due date saya 24.2.2016 (Rabu) dan jika tak bersalin juga, 1.3.2016 saya perlu serah diri ke hospital. Harap-harap tak di induce macam yang saya alami ketika bersalinkan Zafar. Dipaksa bersalin. Seriau.
 
Antara tips mudah bersalin
Moga dipermudahkan segalanya.
 
Ameen.
 
Salam kasih,

0 mesej:

 

Inspirasi Sha Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei