Thursday, April 21, 2016

Cerita Bersalin

on 4/21/2016 11:08:00 AM


2 hari lepas dah genap 2 bulan saya bersalin :)
 
SubahanAllah..
 
Menitik air mata Allah makbulkan doa hari-hari untuk dikurniakan seorang puteri..sehingga ke hari ni saya masih kagum dengan ciptaan Allah.
 
Cerita bersalin saya ada macam-macam rasa..saya mulakan kronologi suspen ni ya hikhik
 
19.2.2016 Jumaat bersamaan dengan 10 Jamadilawal 1437 Masihi
 
Sekitar 3 pagi saya sudah merasakan sakit kontraksi..dalam jaga dan tidur sakit itu menemani saya
 
Permulaannya saya mengira 10 minit dan kemudiannya sakit itu makin kerap 5 minit sekali
 
Saya rasa tidak selesa dan bangkit ke tandas. Darah keluar. Selesai bersihkan diri saya solat hajat memohon proses bersalin dipermudahkan.
 
Mungkin kerana ini kandungan kali ke dua, saya masih relaks walaupun sakit mencengkam setiap kali kontraksi berlaku. Kali ni saya nekad biar tanda-tanda turun baru saya gigih ke hospital. Saya tidak mahu peristiwa ketika melahirkan Zafar dahulu berulang. Tersadai di hospital 5 hari dengan bukaan 2cm.
 
Dan saya dapat peluang itu yang disusun oleh Allah sebaik-baiknya.
 
Saya kejutkan suami yang tidur dan memberitahu tentang turun tanda darah. Kami berdiam diri, memikirkan anak yang perlu ke sekolah. Sekalipun Zafar sentiasa teruja dengan kelahiran yang bakal tiba ini, saya tau dia juga susah hati dan akan panik nanti. Haha
 
Kami berbaring kembali sehingga waktu subuh menjengah, saya segera mandi dan darah lebih banyak daripada tadi muncul. Saya bersihkan diri dan solat subuh.
 
Buat yang tertanya boleh ke solat ketika turun tanda darah, boleh rujuk artikel. 3 artikel saya lampirkan di sini ya.
 
 
 
 
Sememangnya boleh, jika air ketuban pecah pun masih boleh solat asalkan kita mandi terlebih dahulu.
 
Selesai menguruskan anak untuk ke sekolah, kami bersiap sama dan ketika tiba di sekolah baru saya memberitahu Zafar yang saya perlu ke hospital untuk melahirkan adiknya. Zafar terkejut dan riak wajahnya risau memikirkan saya.
 
Saya sempat memohon maaf pada dia. Sayu pulak hati haha.
 
Kami terus ke hospital Sungai Buloh. Niat untuk bersalin di Hospital Shah Alam dilupakan memandangkan kes bersalin pagi itu tersangat lah ramai. Dalam hati cuak juga jika terbersalin dalam kereta haha. Sempat saya inform opis. Sempat juga saya singgah di Petronas, menikmati nasi goreng bekalan dari suami serta air kotak susu coklat.
 
Saya daftar masuk pukul 11 pagi
Hasil pemeriksaan CTG bukaan 4 cm
Saya sibuk berjalan-jalan sekitar wad dan sempat berjumpa suami diluar menikmati coklat dan minuman sementara menanti bukaan lebih besar.

Sebelum kembali ke wad, saya mohon maaf pada suami. Mata saya dah pun bergenang ketika itu.

4 jam kemudiannya bukaan menjadi 7 cm, sakit saya terlalu kuat dan saya kemudiannya ditolak ke labour room dan baby selamat dilahirkan pada pukul 4.38 petang pada hari yang sama.

Gembiranya hati saya, doktor dan nurse kesemuanya perempuan semasa proses bersalin. 
 
Saya masih ingat lagi selepas akhir meneran, ketika doktor meletakkan baby ke dada saya, kulit bertemu kulit dan bertanyakan "puan dapat anak apa?". Saya lalu menjawab "anak perempuan" dengan sebak dan rasa tidak percaya.
 
Pertarungan saya berakhir.
 
Alhamdulillah
Tiada induce sepertimana ketika kelahiran terdahulu.
Tiada penantian yang lama
Segalanya dipermudahkan kecuali sakit tetap juga sakit :)
 
Selamat datang ke dunia menemani ummi, abah dan abang Zafar
wahai Ainul Mardhiah
puteri solehah inshaAllah

1 mesej:

cik milly on January 5, 2017 at 12:29 PM said...

salam sis,husband x teman ke mse dlm labor room?ke mmg xbole dkt hosp sg buloh?

 

Inspirasi Sha Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei