Monday, May 23, 2016

Keletah Puteri

on 5/23/2016 12:02:00 PM
 
Entry sempena usia Ainul Mardhiah 3 bulan.
 
Saya panik sebenarnya bila memiliki sang puteri, justeru saya tidak ada pengalaman memiliki anak perempuan.
 
Teringat kembali selesai urusan bersalin, saya dan Ainul berada di katil. Suami selesai menguruskan kami dan pulang ke rumah menguruskan anak lelaki pula.
 
Saya kemudiannya memandang bayi kecil ini dan tiba-tiba fikiran saya blur haha
Setelah 6 tahun..saya dikurniakan si kecil ni, gigih otak berfikir kembali cara-cara handle baby huhu
Bagaimana untuk mendepani dan melayan kerenahnya?
 
Ketika Dalam Hari
 
Menjaga Ainul tidak sesusah abangnya cuma saya pelik dia tidak kuat menyusu seperti abangnya. Malah puting saya dibuat main kadang-kala. Pening saya memikirkan perbezaan mereka.
Cuak juga saya ketika di hospital kerana disebabkan Ainul seperti menyusu main-main maka pengeluaran susu saya teramat slow.
Dalam kepanikan itu, saya tetapkan dalam hati yang susu akan banyak sepertimana rujukan bacaan di internet, set minda barulah susu akan banyak pengeluarannya.
Alhamdulillah memang betul, Ainul suka sangat menyusu main-main tetapi kerap.
Musim Elnino ini, mukanya cepat sangat merah, sebab itu saya gelarnya Mochi Mochi Red Bean haha
Satu tamparan juga buat saya bila terpaksa kembali dengan rutin mata panda bila bangkit menyusukan si kecil ini di tengah malam.
Berat melahirkannya 2.74 Kg
Bila nurse datang melawat, beratnya sudah naik 3 Kg.
Demam kuning hampir-hampir sahaja kena tetapi ibu saya rajin menjemurnya ketika awal pagi jadi ketika nurse datang, berdebar juga kami dua beranak ini risau jika Ainul disahkan demam kuning.
Alhamdulillah bacaan normal.
 
Menginjak Sebulan
 
Ainul sangat suka tersenyum!
Berbunga hati saya bila ibu cakap wajah anak saya memberikan ketenangan buat dia. Balik berpantang ke rumah sendiri, ibu mengomel supaya menghantar gambar Ainul hari-hari kepadanya. Dan jika saya tidak melawatnya membawa si kecil, pasti terdengar sungutan ibu saya. Haha.
Puteri saya juga suka jika orang melayannya berborak, sekali-sekala dia akan berbunyi-bunyi mengharapkan ada yang berborak dengannya. Comel jer.
Beratnya ketika ini sudahpun 3.5 Kg.
Kami membeli buaian tetapi cuba untuk tidak menggunakannya terlalu kerap dan untung juga, pengasuh pun sekepala dengan saya dan suami. Dia juga tidak sukakan buaian.
 
Usia Dua Bulan
 
Ainul dah pun belajar meniarap, mungkin kerana saya rajin mengurut dia terutamanya bahagian kaki, badannya tegap. Masih dengan murah senyuman, pipinya semakin membulat haha
Menjadikan dia bertambah comel bila 'berborak', sahutan dia yang mengajak kami berbual sangat kelakar.
Beratnya ketika ini 4.5 Kg.
Nurse saya sepanjang tempoh mengandung juga menjadi nurse Ainul.
Rajin dia melayan keletah Ainul.
Ketika ini rutin dia berubah sedikit, dia cukup suka menghisap jari.
Pengasuh Ainul meminta saya menggunakan puting tiruan, berat hati membenarkan.
Saya tewas juga dengan puting tiruan tetapi saya cuba menghadkan penggunaannya ketika di rumah.
Ketika melawat kakak saya yang baru bersalin, dia memasukkan sedikit cebisan kurma di lelangit Ainul. Buat perasa katanya.
Sejak itu jika terlihatkan Ainul seperti mencari-cari rasa dengan suapan tangan ke jari, saya juga meletakkan sedikit cebisan kecil kurma di lelangitnya.
Dan ketika ini Ainul dah pandai mencemik, terkejut ayah saya sambil gelak-gelak :)
 
Kini 3 Bulan
 
Ainul semakin berat dan sudah kuat menyusu.
Gigih juga saya komitedkan diri membuat stok susu Ainul . Cabaran terutamanya bila menjelang hari ahad, bila saya terpaksa ke kelas di UiTM sepanjang hari dan hanya akan pulang pada pukul 6 petang. Stok susu amat diperlukan ketika itu.
Semakin lincah Ainul meniarap, sesekali dia menjerit bila bahunya sedikit terkehel kerana kepantasannya meniarap.
Jenuh juga mengurut bahu dia hari-hari. Bagaimanapun, saya gembira dia senang belajar meniarap.
Rutin Ainul sedikit senang sekarang ini melainkan saya perlu pantau ketika dia sibuk membalikkan badan untuk meniarap.
Balik kerja, jika cuaca membahang, saya akan memandikan dia. Selesai mengurutnya dengan minyak yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran, dia akan menyusu sebentar dan tidur sehingga menjelang waktu 2-3 pagi.
Bertemankan surah Yassin atau Al-Baqarah, Ainul biasanya akan tidur lena. Ketika ini, saya pelan-pelan mengajarnya untuk tidur di katil sendiri.
 
Esok check up dia untuk 3 bulan. Saya mengharapkan Ainul sentiasa sihat.
Setakat ini kulit mukanya sentiasa bersih dan licin, mujur ibu sentiasa mengingatkan saya untuk sentiasa lap muka Ainul selesai menyusu. Tidak mahu terkena ruam susu katanya. Ruam lampin juga hanya sekali terkena, saya rawat dengan krim yang dibekalkan hospital Sg. Buloh dari pek newborn gift. Sangat bagus krim tu.
Kadangkala saya akan tersenyum sendiri, selama 6 tahun berulit dengan barangan anak lelaki. Kisah obses Zafar dengan Ultraman dan yang terbaru Ninja Turtle sehinggakan kek birthday juga dia meminta Ninja turtle. Dan kini saya mula berjinak dengan warna pink untuk anak perempuan termasuk la belajar memakaikan head band pinkish pemberian boss saya.
 
Alahai canggung terasa haha.
 
Semoga saya sentiasa berlapang dada dan istiqamah dalam mendidik anak-anak
 
Salam Kasih,
 

0 mesej:

 

Inspirasi Sha Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei