Thursday, May 12, 2016

Pejuang Penyusu

on 5/12/2016 12:06:00 PM
Wah tittle ganas :p
 
 
 
Nampak tak pic atas ni yang bertemankan nasi lemak kerang di pagi hari haha
 
E-book ni saya ambik dari page FB Pump On The Go e-book percuma limited time dan boleh juga rujuk website Cikgu Susu. Cuma perlu daftar e-mail dan dorang akan bagi e-book ini secara percuma. Saja saya print dan compile menjadi buku sebabnya seseronok macammana pun teknologi pembacaan, saya tetap sukakan kekunoan membaca buku.
 
Selepas print maka gigih la saya selitkan di dalam beg tangan supaya semoga ilmu tu dapat saya cedok dan baca tak mengira tempat.
 
Antara isi kandungan adalah mengenai usaha menguatkan hati. Jika sudah terbit keinginan untuk menyusukan anak secara penuh sehingga 2 tahun harus disertakan dengan komitmen yang tinggi.
 
Komitmen yang sangat tinggi.
 
Saya target sudah tentu selama 2 tahun ini, kehidupan saya akan tunggang langgang.  Jadual penyusuan saya masih lagi belum betul-betul sesempurna. Ainul baru sahaja berusia 2 bulan ++ dan saya masih cuba membiasakan diri belajar membuat stok susu. 
 
Hakikat yang saya harus terima, bila fully breastfeed wanita seperti saya perlu melupakan hasrat untuk diet ketat-ketat dan harus juga hadam di kepala bahawa jamu yang ada kunyit akan mengeringkan susu. So No.
 
Biasanya Ainul akan saya siapkan mandi suam awal pagi sebelum hantar ke rumah pengasuh. Selesai mandi, saya mengurut dia dengan baby oil satu badan depan dan belakang sehingga ke jari kaki dan kemudiannya menyapu losyen johnson seluruh badan depan dan belakang juga.
 
Ainul sangat suka diurut hehe.
 
Saya sudahkan dengan menyapu bedak dimukanya. Ainul ni rambutnya nipis perang pastu ada rambut yang selalu menegak jadinya saya sapukan juga baby oil sedikit. Saya curi masa menyusu dia pepagi dan jika dia tertidur, saya ambil masa pam susu sebentar sebelum bergegas menghantar dia ke rumah pengasuh.
 
Melalui pembacaan internet, pam susu harus dibuat selepas 2-3 jam selepas habis tempoh sesi mengepam sebelumnya. Saya berkerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Untuk komited terus-terang bagi saya sangat sukar terutamanya jika masa sibuk. Tapi saya cuba juga.
 
Jika pagi-pagi Ainul tertidur selepas mandi dan berurut, saya akan mengepam ketika itu juga. Jika dia menyusu pagi-pagi saya akan mengepam susu sekitar jam 8.30-9 pagi di ofis dan selesai/sebelum solat Zuhur saya akan mengepam juga dan selepas solat Asar, saya curi masa mengepam sebelum waktu ofis tamat. Sebelah malam kebiasaannya selepas solat Isyak saya akan duduk di depan tv dan mengepam.
 
Pam susu ni ibarat mencuri masa secara berkomitmen hehe.
 
Ye. Bunyinya sangat padat jadual menyusu tapi sudahpun dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah ayat 233 akan kewajaran amalan sunnah ini, boleh lihat paparan di bawah ini.
 
 
Semoga semangat ingin menyusukan anak secara penuh mampu saya lakukan untuk 2 tahun ini.
 
Selamat berjuang untuk para ibu.
 
Salam Kasih,
 
 

0 mesej:

 

Inspirasi Sha Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei