Thursday, July 28, 2016

Info Passing : Preloved Babycot Wooden White

on 7/28/2016 12:10:00 PM 0 mesej
Melihatkan entry saya Baby Cot preloved wood mencangak-cangak rating naik
 
Saya nak tolong sesapa yang nakkan cute mute Babycot yg sy nampak add ni kat Mudah
 
RM 150
 
 
 
 
Comel sangat. Baru iklankan semalam.
 
Boleh usya kat sini
 
Nak cepat terus contact Suzudin Enterprise 018-9052458
 
Location : Klang
 
Harap item masih available.
 
Sekadar membantu :)
 
Salam Kasih,
 
 

Thursday, July 14, 2016

Review : Boat Noodle Klang Parade

on 7/14/2016 03:26:00 PM 0 mesej
Selamat Hari Raya :)
 
Banyak juga entry tertunggak yang saya patut tulis haha.
 
Isu Pedofil sangat menakutkan saya, justeru selepas ni saya akan lebih berhati-hati daripada memaparkan pic anak2 di laman blog ataupun facebook. 
 
Semalam half day, gigih temankan adik bongsu perempuan ke interview. Baru setel graduate Uitm. Selesai urusan, kami round dulu sebelum decide nak alas perut hihi..Saya tetiba suggest Klang Parade (kebetulan interview tak jauh dari situ)
 
Dan apa yang ada di situ ya? lama saya tak ke sana, dekat 5 tahun juga. Tetiba teringat review food junkie kawan-kawan dan juga blog read tak lama dulu pasal BOAT NOODLE. Dorang ni makan kat Klang Parade. Menarik juga.
 
Yup! Selak waze terus ke sana, sempat pilih waze instructor voice Yuna. Adik saya cakap comel cara Yuna bagi instruction tapi bagi saya agak serabut juga dengan "turn left" bernada-nada. Hurm.
 
Kalau ikut review, Boat Noodle kat Klang Parade tak la sesesak mana kalau nak dibandingkan kat tempat lain.
 
Kami sampai sana. Meja kosong cuma ada satu dua. Dan jarak meja sangat la dekat. OK cemana nak makan kalau dah dekat sangat dengan orang sebelah menyebelah?. Meja pulak comel macam meja makan kat kantin sekolah cuma colourful. Kerana memikirkan nak test so kami gagah juga duduk tapi ok jer orang sebelah menyebelah, belah kiri satu group siap selfie-selfie, yang belah kanan plak dua orang perempuan sibuk bercerita hal masing-masing.
 
Tak amik pula pic menu sebab boleh jer korang google, ramai yang dah upload menu Boat Noodle ni. Menu famous ini la..Patumthani Beef/Chicken Thai Rice Noodle dan Ayutthaya Beef/Chicken Thai Rice Noodle. Keempat-empat jenis mee ni masing-masing berharga RM1.90 semangkuk. Lepas GST harga RM2.02.
 
Rice Noodle lagi best dari egg noodle, well itu apa yang saya baca dari review-review blog dan dari mulut member-member. Kebetulan egg noodle takde so kami teruskan pilih Pathumtani Beef ngan Ayutthaya Beef Rice Noodle. Ingat nak buat two view review tapi tak kisah juga sebab Rice Noodle ada. :)
 
 
 
Dah sampai.
 

 
Pic atas ni adik saya.
Pathumtani Beef lebih sedap dari Ayutthaya Beef tapi adik saya pula suka Ayutthaya.
Cuma nak kata Pegh Nikmatnya tu macam kurang sesuai sebab tak de la wow factor sangat. Rice Noodle sedap dap dap cuma sos kuah dia bagi saya kureng.
 
Yang air tu memang saya order spesifik Green Tea sebab baca review sedap sangat. Bagi saya sedap memang sedap, terasa berlemak Green Tea tu cuma ada la rasa pekat sikit rasa green tea. Adik saya suka berabis. Maybe unik air Green Tea ni sebab kebiasaannya memang air green tea kat tempat lain sekadar rasa krim tapi green tea tu tak pekat.
 
Tapi saya suka krim lagi T__T
 
Dan saja suka-suka..saya order sekali Meatball Beef. Pic tak ambik, meatball dicucuk macam makan satay. Sedap juga cuma tak de la rasa best luar biasa. Hakikatnya biasa-biasa sahaja.
 
Kami cukup order 2 mangkuk sorang sekadar untuk rasa. Takde plak teringin nak bermangkuk2 macam orang lain.
 
Last sekali. Kami order dessert sebab saya ada baca review tentang Sangkaya yang sedap marbeles. Harus la try.
 
Sabar menanti dessert yang lama betul disiapkan, rupanya dorang buat fresh.
 
 
 
 Dah sampai. Jyeah!!
 
Ok kalau nak kata Pergh Nikmatnya..serius yang ni memang berbaloi-baloi
 
RM6.90 kalau tak silap.
 
Roti dihidang panas, cicah pula dengan cairan Sangkaya..memang melt. Bau pandan wangi jer. Yumm
 
Kalau saya ke Boat Noodle lagi rasanya hanya akan datang atas sebab Sangkaya jer kot haha.
 
p/s : strongly suggest makan kat kedai Burger Warisan, burger sedap, meatball grill ngan lambchop pun sodap.
 
updated :
 
 
 
Saya bawak balik bekas minuman Green Tea sebab cup tu tebal macam botol air, rugi sesangat kalau tak bawak balik. RM 8.90 tu harga air.
 
Selama ni kalau beli teh ais, bila sampai opis kena la pula cari mangkuk atau tuang sikit-sikit ke mug tapi bila dah ade cup Boat Noodle ni dah mudah keje nak minum.
 
Slurp!
 
Salam Kasih,
 

Monday, May 23, 2016

Keletah Puteri

on 5/23/2016 12:02:00 PM 0 mesej
 
Entry sempena usia Ainul Mardhiah 3 bulan.
 
Saya panik sebenarnya bila memiliki sang puteri, justeru saya tidak ada pengalaman memiliki anak perempuan.
 
Teringat kembali selesai urusan bersalin, saya dan Ainul berada di katil. Suami selesai menguruskan kami dan pulang ke rumah menguruskan anak lelaki pula.
 
Saya kemudiannya memandang bayi kecil ini dan tiba-tiba fikiran saya blur haha
Setelah 6 tahun..saya dikurniakan si kecil ni, gigih otak berfikir kembali cara-cara handle baby huhu
Bagaimana untuk mendepani dan melayan kerenahnya?
 
Ketika Dalam Hari
 
Menjaga Ainul tidak sesusah abangnya cuma saya pelik dia tidak kuat menyusu seperti abangnya. Malah puting saya dibuat main kadang-kala. Pening saya memikirkan perbezaan mereka.
Cuak juga saya ketika di hospital kerana disebabkan Ainul seperti menyusu main-main maka pengeluaran susu saya teramat slow.
Dalam kepanikan itu, saya tetapkan dalam hati yang susu akan banyak sepertimana rujukan bacaan di internet, set minda barulah susu akan banyak pengeluarannya.
Alhamdulillah memang betul, Ainul suka sangat menyusu main-main tetapi kerap.
Musim Elnino ini, mukanya cepat sangat merah, sebab itu saya gelarnya Mochi Mochi Red Bean haha
Satu tamparan juga buat saya bila terpaksa kembali dengan rutin mata panda bila bangkit menyusukan si kecil ini di tengah malam.
Berat melahirkannya 2.74 Kg
Bila nurse datang melawat, beratnya sudah naik 3 Kg.
Demam kuning hampir-hampir sahaja kena tetapi ibu saya rajin menjemurnya ketika awal pagi jadi ketika nurse datang, berdebar juga kami dua beranak ini risau jika Ainul disahkan demam kuning.
Alhamdulillah bacaan normal.
 
Menginjak Sebulan
 
Ainul sangat suka tersenyum!
Berbunga hati saya bila ibu cakap wajah anak saya memberikan ketenangan buat dia. Balik berpantang ke rumah sendiri, ibu mengomel supaya menghantar gambar Ainul hari-hari kepadanya. Dan jika saya tidak melawatnya membawa si kecil, pasti terdengar sungutan ibu saya. Haha.
Puteri saya juga suka jika orang melayannya berborak, sekali-sekala dia akan berbunyi-bunyi mengharapkan ada yang berborak dengannya. Comel jer.
Beratnya ketika ini sudahpun 3.5 Kg.
Kami membeli buaian tetapi cuba untuk tidak menggunakannya terlalu kerap dan untung juga, pengasuh pun sekepala dengan saya dan suami. Dia juga tidak sukakan buaian.
 
Usia Dua Bulan
 
Ainul dah pun belajar meniarap, mungkin kerana saya rajin mengurut dia terutamanya bahagian kaki, badannya tegap. Masih dengan murah senyuman, pipinya semakin membulat haha
Menjadikan dia bertambah comel bila 'berborak', sahutan dia yang mengajak kami berbual sangat kelakar.
Beratnya ketika ini 4.5 Kg.
Nurse saya sepanjang tempoh mengandung juga menjadi nurse Ainul.
Rajin dia melayan keletah Ainul.
Ketika ini rutin dia berubah sedikit, dia cukup suka menghisap jari.
Pengasuh Ainul meminta saya menggunakan puting tiruan, berat hati membenarkan.
Saya tewas juga dengan puting tiruan tetapi saya cuba menghadkan penggunaannya ketika di rumah.
Ketika melawat kakak saya yang baru bersalin, dia memasukkan sedikit cebisan kurma di lelangit Ainul. Buat perasa katanya.
Sejak itu jika terlihatkan Ainul seperti mencari-cari rasa dengan suapan tangan ke jari, saya juga meletakkan sedikit cebisan kecil kurma di lelangitnya.
Dan ketika ini Ainul dah pandai mencemik, terkejut ayah saya sambil gelak-gelak :)
 
Kini 3 Bulan
 
Ainul semakin berat dan sudah kuat menyusu.
Gigih juga saya komitedkan diri membuat stok susu Ainul . Cabaran terutamanya bila menjelang hari ahad, bila saya terpaksa ke kelas di UiTM sepanjang hari dan hanya akan pulang pada pukul 6 petang. Stok susu amat diperlukan ketika itu.
Semakin lincah Ainul meniarap, sesekali dia menjerit bila bahunya sedikit terkehel kerana kepantasannya meniarap.
Jenuh juga mengurut bahu dia hari-hari. Bagaimanapun, saya gembira dia senang belajar meniarap.
Rutin Ainul sedikit senang sekarang ini melainkan saya perlu pantau ketika dia sibuk membalikkan badan untuk meniarap.
Balik kerja, jika cuaca membahang, saya akan memandikan dia. Selesai mengurutnya dengan minyak yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran, dia akan menyusu sebentar dan tidur sehingga menjelang waktu 2-3 pagi.
Bertemankan surah Yassin atau Al-Baqarah, Ainul biasanya akan tidur lena. Ketika ini, saya pelan-pelan mengajarnya untuk tidur di katil sendiri.
 
Esok check up dia untuk 3 bulan. Saya mengharapkan Ainul sentiasa sihat.
Setakat ini kulit mukanya sentiasa bersih dan licin, mujur ibu sentiasa mengingatkan saya untuk sentiasa lap muka Ainul selesai menyusu. Tidak mahu terkena ruam susu katanya. Ruam lampin juga hanya sekali terkena, saya rawat dengan krim yang dibekalkan hospital Sg. Buloh dari pek newborn gift. Sangat bagus krim tu.
Kadangkala saya akan tersenyum sendiri, selama 6 tahun berulit dengan barangan anak lelaki. Kisah obses Zafar dengan Ultraman dan yang terbaru Ninja Turtle sehinggakan kek birthday juga dia meminta Ninja turtle. Dan kini saya mula berjinak dengan warna pink untuk anak perempuan termasuk la belajar memakaikan head band pinkish pemberian boss saya.
 
Alahai canggung terasa haha.
 
Semoga saya sentiasa berlapang dada dan istiqamah dalam mendidik anak-anak
 
Salam Kasih,
 

Wednesday, May 18, 2016

3rd Review : Online Shop di Nile

on 5/18/2016 03:29:00 PM 0 mesej
Entry yang ke 80
 
Pembelian yang tak disangka :)
 
 
Lama juga tak jengah Nile 
 
Adala dalam bape minggu haha
 
Mata tertengok part handbag kat women fashion, sekali ternampak beg atas ni.
 
Beg Indentation Trendy Woman ni ada jugak saya search di tempat lain contohnya :-
 
Kat Look harganya RM 57.90
 
Kat FB Perojek Tudung harganya RM 30 saya notice banyak juga beg-beg yang ada di Nile, owner perojek Tudungs pun jual items yang sama juga.
 
Kat Nile harga normal RM 51.94
 
Murah lagi di perojek tudung tapi tetiba harga drop jadi RM 9.90 di Nile seriously?
 
Cuma tinggal 2 warna iaitu green dan orange, saya suka kaler cream tapi warna hijau pun lawa juga.
 
Maka saya pun terus beli. Dengan harga beg RM 9.90 kat pasar biasanya kualiti pun very suam kuku jer, oleh kerana murah jadi saya pun terus beli, redha jer la kalau kualiti kureng.
 
Kebetulan beg ke kerja pun dah rabak bahagian tali. Good Timing
 
Saya ni orangnya bila dah rabak baru terhegeh nak membeli yang baru haha. Sama la macam kasut. Dah hancus ranap baru nak beli.
 
Bayar kelmarin, esoknya Alhamdulillah barang pun sampai.
 
Ini dia
 

 
Dengan hanya harga RM 9.90 saya tak lah mengharap kualiti beg setanding dengan beg berjenama.
 
Tapi suprisingly saya puas hati dengan beg ni. Dapat jer kat tangan terus belek-belek. Jahitan kemas, zip pun working well, simple jer interior dalam beg cuma luas so boleh la nak campak pape yang patut termasuk la pampers anak hehe. Kulit beg pun terasa kukuh.
 
Gambar tak edit
 
Sangat berbaloi beli dengan harga semurah RM 9.90
 
P/s : Biasa tak dengan jenama telekung Siti Khadijah? Saya beli kasut dengan mereka. InshaAllah nanti saya akan update.
 
 
Salam Kasih,
 

Friday, May 13, 2016

Review : Kain Pasang, Kain Baju Melayu & Tudung

on 5/13/2016 04:15:00 PM 0 mesej
Entry saya pasal barang baby di GM Klang nampaknya dah hit 568 read
 
Ramai suka ke GM Klang ni rupanya haha
 
Dahsyat penangan GM ya?
 
Musim nak ke Ramadhan ni, banyak orang pompuan dah siap beratur listing membeli-belah, dengan kain pasang, kasut, tudung-tudung, tak masuk lagi segala benda kecik-kecik macam kerongsang dan sebagainya.
 
Banyak betul preparation orang perempuan hihi
 
Saya tak terkecuali juga cumanya saya prepare yang basic untuk bulan 5 ini. Saya  membeli kain pasang untuk sedondon dengan anak perempuan dan juga membeli kain baju melayu yang saya beli dari page Baju & Tudung Murah.
 
Alhamdulillah kain baju melayu sejuk dan lembut. Berbaloi beli.
 
Saya ada cerita untuk kain pasang. Saya tak nafikan saya down juga bila gambar kain pasang begitu cantik di Facebook tetapi bila sampai di tangan rupanya suram. Kualiti Alhamdulillah bagus, itu saya tak nafikan dan seller pun begitu baik. Cuma saya tak mampu tolak rasa terkilan kerana apa yang saya nampak warnanya lembut cantik sebiru lautan tetapi seperti warna pantai tercemar bila sampai ditangan.
 
Jauh betul bezanya
 
Entah jubah cantik ke tidak nanti bila selesai dijahit jiran rumah mak saya.
 
Seperti kita maklum, warna cukup memainkan peranan menentukan samada pakaian itu akan cantik menyerlah ataupun tidak.
 
Beralih ke cerita tudung, saya tak nafikan saya cerewet sebab saya bukan antara penggemar trend tudung masa kini, tudung lambakan trend sekarang pelik-pelik. Saya orangnya simple, cukup bertudung bawal tapi hajat di hati kali ni biarlah kelainan sedikit dari tahun-tahun lepas.
 
Puas membelek page di Facebook, saya teringin mencuba tudung instant double loop, nampak mudah dipakai. Sesuai untuk orang yang malas berpin-pin segala macam saya ni hehe
 
Lagipun saya tak mahu puteri kecil saya terluka kerana terkena pin saya yang pelbagai.
 
Antara berpuluh jenis warna, saya memilih warna krim mentega..gambar model yang menggayakan tudung itu cukup cantik dan warna tudung itu sendiri unik tak sepertimana kebiasaan yang saya lihat, menguatkan lagi keinginan saya untuk membeli.
 
Selesai urusan jual beli, saya menanti hari tudung itu sampai di tangan.
 
Sekali lagi saya tersilap.
 
Bukan warna krim mentega mustard yang saya dapat tetapi seperti warna pantai pasir yang puas dipijak-pijak orang.
 
Pengajaran yang terbesar juga buat saya. Trauma juga jika ternampak feed page seller itu di Facebook.
 
Seperti yang saya kata tadi warna memainkan peranan membuatkan pakaian cantik atau tidak.
 
Dan saya yakin penjual tudung ini tahu kerana itu dia 'mencantikkan' tudung dan di edit anggun demi menarik minat pembeli seperti saya yang akhirnya tertipu dengan mainan mata.
 
Dari mata jatuh ke hati. Sungguh la saya rugi.
 
 
 
Salam Kasih,
 
 

Inspirasi Sha Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei