Saturday, October 17, 2015

2nd Review : Online Shopping di Nile

on 10/17/2015 12:44:00 PM 0 mesej
Seperti yang saya mention last entry, ni saya buat 2nd review pasal online shop kat Nile.
Pembelian first tu termasuk sekali dengan 2 barang yang saya nak review ni.

Saya target purse dan pencil box.

Since start belajar e-pjj kat Uitm Shah Alam dari 2011, pencil box masih yang itu juga. Saya beli handmade yang dibuat oleh Mybotang. Sangat bertahan sampai saya rasa sendiri nak bertukar warna kulit dan bau. Haha alasan. Pencil box tu dah pun saya cuci bersih nak passing pada si kecik Zafar. Next year menginjak umur 6 tahun, dia dah boleh pakai untuk pra-sekolah.

Mind set nak cari purse, kalau boleh nak tahan lama. Jenuh gak belek pic purse kat Nile, mana pic yang Nile bagi saya akan besarkan, zoom sehabis-habis nak tengok kualiti. haha..jimat satu hal..kualiti pun kalau boleh nak yang tahan lama. Paling kurang setahun dua. Baru puas hati.

Saya interested dengan dua tiga jenis tapi last-last landing mata pada yang ni. Yup..sangat colourful.
CIN04875 Mixed Color Purse/ Wallet
Saya pilih Dark Blue. Masa entry ni ditulis, saya survey sekejap website Nile tapi colour Dark Blue dah habis. Kena rajin tengok Nile restock item.

Ni yang saya dapat.



Harga RM 16.90, Pricing sebenar RM 30.74 (jimat 45%)

Bab jimat menjimat ni memang saya suka :)

Kaler nampak macam hitam tapi sebenarnya nice je dark blue dia. Amik pic tak de filter by 360 pun cuma maybe sebab lightning opis. Haha.

Overall, puas hati sebab yakin purse ni akan tahan lama. Tegap dan jahitan kemas. Nak masuk phone pun boleh. Masa purse sampai sekali ngan blouse yang saya beli kat entry sebelum ni macam boleh matching-matching coz kaler lebih kurang jer haha. Tetiba pandai Mix and Match.

link product : Mixed Color Purse/ Wallet

Lagi satu saya usya pencil box, dapat yang ni. Ada banyak kaler tapi since murah agaknya, stok yang tinggal cuma kaler light blue. Pape pun tetap nampak comel.

Dan sebab murah dan dah zoom habis-habisan nak tengok mutu dia, saya on beli.

Pic actual tak amik sebab dah selamat masuk dalam beg sekolah dan dah pakai pun cuma yang slack sikit, masa terima delivery pencil box ni dalam kotak plastic. Kotak tu punya la berhabuk teruk, gigih saya bersihkan. Tapi kualiti bagus.

CIB88806 Make Up Bag/ Stationary bag

Harga RM 10.70, Pricing sebenar RM 15.90 (jimat 32%)

link product : Make Up Bag / Stationary Bag

P/S : review tak berbayar tapi saya suka share sebab as a customer, saya pun nervous nak beli online.

Lepas ni target nak beli barang-barang Creative lifestyle le pulak. Comel gak produk household. Yummy


Tuesday, October 13, 2015

Review : 1st Time online shop di Nile.com.my

on 10/13/2015 11:28:00 AM 0 mesej
Sedang 5 bln mengandung ni, saya baru terfikir nak mencari baju maternity hihi
itu pun bila perut dah mula ke depan haha.

Masa mengandungkan Zafar dulu, saya cuma beli beberapa helai je blouse dan 2 seluar. saya hadapkan pakai pakaian tu sampai la ke bulan yang ke sepuluh. yup Zafar lahir terlebih bulan. since dah 6 thn lepas first mengandung, entah mana box maternity yang saya simpan..bila dah berpindah dah tak jumpa.

Bukak almari, saya mula meninjau koleksi jubah yang tak sampai 5. Saya baru nak mengusya dunia muslimah yang lebih baik jadi koleksi pun tak banyak. Suami belikan satu jubah heavy chiffon di Mydin USJ warna biru putih. cantik tapi saya tetap memerlukan seluar maternity yang lasak untuk di bawa ke ofis.

Kami ke GM Klang pada awalnya sebelum suami decide untuk beli di Mydin USJ. Jumpa satu kedai pakaian mengandung masa di GM Klang, seluar pun banyak choice tapi malangnya cutting kecik di bahagian kaki. Saya jadi tak selesa. Suami pun tak approve. Hurm mencari lagi sampai penat.

Baliknya..

Saya review maternity blouse dan jumpa beberapa website. since saya jenis pentingkan review customer, gigih la saya mencari sumber review dan terjumpa Cik Epal Review dan blouse yang dia pakai masa mengandung yang dibeli di Nile sangat la comel. Walaupun di Nile takde listing Maternity tapi dorang wujudkan kategori Muslimah Fashion > Plus Size.

Saya minat 3 yang ini

A

B

C
Model tu bukan saya ya haha
Untuk memudahkan, saya letak caption A, B dan C

Material Chiffon light, saya suka combination kaler A sebab sesuai dengan jiwa saya tapi memandangkan jubah yang suami belikan pun kaler yang sama biru-putih jadi saya beralih pada option kaler B dan C.

Saya bukan suka kaler pink, tapi review dari Cik Epal kaler pink ni soft sangat dan nice. Jadi saya choose C sebabkan dark blue nampak comey hihi.

Link sumber A http://www.nile.com.my/products/13446
Link sumber B http://www.nile.com.my/products/13461
Link sumber C http://www.nile.com.my/products/13458

Measurement boleh tgk disini.


Harga market price RM 66.29 dan reduce to RM31.90 (51% discount)

Saya dah pun beli. respon bagus dan cepat sampai. Alhamdulillah.

Malangnya mungkin saya tersalah measurement, yang bermasalah cuma terasa ketat di bahagian perut haha. Lagi satu..pink tu tak soft dan the colour more to peach instead of pink. Saya disspointed sikit tapi kualiti okay sesuai dengan harga.

Apepun jangan risau, sebab kalau nak change clothes size boleh jer e-mail pada dorang support@nile.com.my  dan so far respon cepat.

saya ade beli 2 benda lain, nanti saya akan update entry yang lain.

p/s : utk seluar lasak mcm jeans, pants keje saya beli di Aeon Jusco harga berpatutan dalam RM39-69 dan baju lengan panjang RM15.90. confirm tahan 9m+ haha

Salam Kasih,

Monday, October 05, 2015

Review : White Wood Double Decker Bed

on 10/05/2015 04:40:00 PM 5 mesej
Saya dan suami dah lama plan nak beli katil double decker untuk anak2
suami suka sangat rujuk Mudah.My
kadang-kala kalau ada benda dia beli..dia akan hadap site tu awal pagi hari-hari
 
saya pulak suka broad kan range search, saya akan bukak banyak website untuk mencari yang betul-betul saya suka. Facebook, Google etc.
 
dan kami suka beli barang with a good bargain.
yup..kami memang couple yang kedekut jimat..read properly guys :)
 
saya suka katil double decker yang jenis kayu (wood) sebab saya membesar dengan memori tidur berkatil double decker kayu haha.
tak relevan sungguh.

hasil plan talk kami dalam sebulan-dua lepas, kami start survey.
dia dengan site favorite yang nan satu tu
saya dengan all-range website search.

dalam pada searching tu, saya tengok jugak katil besi dan jumpa yang comel ni.


Cambridge Double Decker Bed


IKEA Bunk Bed
Lama-lama tu..pencarian saya banyak pada wood double decker
saya fell in love dengan design-design bawah ni




Dan lama-lama jugak saya minat sangat wood double decker putih
sebab white nampak segar, kemas dan bersih.







Maaf sebab tak dapat nak provide sumber web yang saya survey coz korang boleh jer click memana dan jumpa images seperti di-atas. Lagipun dah terlalu banyak web saya track down haha.
 
Tapi harga katil double decker kayu memang mahal. paling murah RM900+
especially solid wood
teringat ayah beli siap dua set katil double decker solid wood dark time kecik dulu
(kami 8 adik-beradik)
 
puas bincang kami berdua sepakat tak nak membazir beli yang baru.
dan kami nak yang terpakai je tapi apa-apa pun bergantung pada pricing dan condition katil.
 
tak nak main beli jer.
 
dan nak solid wood.
tahan berpuluh tahun haha.
 
one day saya rasa macam frust sikit sebab yer la..design nak cun, comel tapi pricing saya nak yang murah below < RM500
wah..memang la susah nak jumpa.
nak solid wood pastu condition tip top dan murah.
mana nak dapat?
 
macam mustahil.
 
sabtu saya bukak website favorite suami untuk bargain goods.
dan saya jumpa..RM280
seriously? macam tak percaya dan solid wood. Saya terus call owner kedai. Set up nak jumpa petang tu jugak nak checking condition.
 
dan katil ni saya dapat untuk Zafar. Abaikan company name sebab saya tak beli dengan dia.
saya beli dengan kedai ni My Point
owner dia nama Franky 019-3356326
Kedai dia kat Bandar Sentosa Klang
 
Owner suka post through Mudah.my by phone
Buyer beli je terus dia delete post.
mostly buyer tinggal jauh-jauh
 
Kos penghantaran RM50
dia siap pasangkan kat rumah lagi hari yang sama juga.
betul-betul solid wood, berat sangat katil.


Paling best, bila Zafar tersenyum gembira.

Alhamdulillah..

Kami ada plan barang lain juga lepas settle yang ni.
InsyaAllah akan dikongsikan bila dah jumpa yang good bargain.


Order : Fridge Magnet & Vanity Mirror yang comel

on 10/05/2015 11:49:00 AM 0 mesej
Saya follower tegar Telekung Project ?
kerja-kerja amal yang Pn. Azila Aziz yang bermula dengan perkhidmatan mencuci telekung bagi saya satu perbuatan yang sangat baik. dari situ dia berkembang dan akhirnya projek terbaru adalah dengan support anak perempuannya,Sofea dalam bisnes kecil-kecilan juga atas dasar amal.
 
Bagus kan dorang ni?
 
Sofea ada buat jualan Vanity Mirror & Fridge Magnet yang comel seperti di bawah


boleh checking kat page Buai Edge untuk info yang latest

Hari tu ada design baru siap ada promotion postage free - combo RM5 je

Sha grab yang ini


sweetkan?

paling penting dapat beli barang yang kita minat
dan at the same time boleh beramal :)


 

Inspirasi Sha Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei