Thursday, July 28, 2016

Info Passing : Preloved Babycot Wooden White

on 7/28/2016 12:10:00 PM 0 mesej
Melihatkan entry saya Baby Cot preloved wood mencangak-cangak rating naik
 
Saya nak tolong sesapa yang nakkan cute mute Babycot yg sy nampak add ni kat Mudah
 
RM 150
 
 
 
 
Comel sangat. Baru iklankan semalam.
 
Boleh usya kat sini
 
Nak cepat terus contact Suzudin Enterprise 018-9052458
 
Location : Klang
 
Harap item masih available.
 
Sekadar membantu :)
 
Salam Kasih,
 
 

Thursday, July 14, 2016

Review : Boat Noodle Klang Parade

on 7/14/2016 03:26:00 PM 0 mesej
Selamat Hari Raya :)
 
Banyak juga entry tertunggak yang saya patut tulis haha.
 
Isu Pedofil sangat menakutkan saya, justeru selepas ni saya akan lebih berhati-hati daripada memaparkan pic anak2 di laman blog ataupun facebook. 
 
Semalam half day, gigih temankan adik bongsu perempuan ke interview. Baru setel graduate Uitm. Selesai urusan, kami round dulu sebelum decide nak alas perut hihi..Saya tetiba suggest Klang Parade (kebetulan interview tak jauh dari situ)
 
Dan apa yang ada di situ ya? lama saya tak ke sana, dekat 5 tahun juga. Tetiba teringat review food junkie kawan-kawan dan juga blog read tak lama dulu pasal BOAT NOODLE. Dorang ni makan kat Klang Parade. Menarik juga.
 
Yup! Selak waze terus ke sana, sempat pilih waze instructor voice Yuna. Adik saya cakap comel cara Yuna bagi instruction tapi bagi saya agak serabut juga dengan "turn left" bernada-nada. Hurm.
 
Kalau ikut review, Boat Noodle kat Klang Parade tak la sesesak mana kalau nak dibandingkan kat tempat lain.
 
Kami sampai sana. Meja kosong cuma ada satu dua. Dan jarak meja sangat la dekat. OK cemana nak makan kalau dah dekat sangat dengan orang sebelah menyebelah?. Meja pulak comel macam meja makan kat kantin sekolah cuma colourful. Kerana memikirkan nak test so kami gagah juga duduk tapi ok jer orang sebelah menyebelah, belah kiri satu group siap selfie-selfie, yang belah kanan plak dua orang perempuan sibuk bercerita hal masing-masing.
 
Tak amik pula pic menu sebab boleh jer korang google, ramai yang dah upload menu Boat Noodle ni. Menu famous ini la..Patumthani Beef/Chicken Thai Rice Noodle dan Ayutthaya Beef/Chicken Thai Rice Noodle. Keempat-empat jenis mee ni masing-masing berharga RM1.90 semangkuk. Lepas GST harga RM2.02.
 
Rice Noodle lagi best dari egg noodle, well itu apa yang saya baca dari review-review blog dan dari mulut member-member. Kebetulan egg noodle takde so kami teruskan pilih Pathumtani Beef ngan Ayutthaya Beef Rice Noodle. Ingat nak buat two view review tapi tak kisah juga sebab Rice Noodle ada. :)
 
 
 
Dah sampai.
 

 
Pic atas ni adik saya.
Pathumtani Beef lebih sedap dari Ayutthaya Beef tapi adik saya pula suka Ayutthaya.
Cuma nak kata Pegh Nikmatnya tu macam kurang sesuai sebab tak de la wow factor sangat. Rice Noodle sedap dap dap cuma sos kuah dia bagi saya kureng.
 
Yang air tu memang saya order spesifik Green Tea sebab baca review sedap sangat. Bagi saya sedap memang sedap, terasa berlemak Green Tea tu cuma ada la rasa pekat sikit rasa green tea. Adik saya suka berabis. Maybe unik air Green Tea ni sebab kebiasaannya memang air green tea kat tempat lain sekadar rasa krim tapi green tea tu tak pekat.
 
Tapi saya suka krim lagi T__T
 
Dan saja suka-suka..saya order sekali Meatball Beef. Pic tak ambik, meatball dicucuk macam makan satay. Sedap juga cuma tak de la rasa best luar biasa. Hakikatnya biasa-biasa sahaja.
 
Kami cukup order 2 mangkuk sorang sekadar untuk rasa. Takde plak teringin nak bermangkuk2 macam orang lain.
 
Last sekali. Kami order dessert sebab saya ada baca review tentang Sangkaya yang sedap marbeles. Harus la try.
 
Sabar menanti dessert yang lama betul disiapkan, rupanya dorang buat fresh.
 
 
 
 Dah sampai. Jyeah!!
 
Ok kalau nak kata Pergh Nikmatnya..serius yang ni memang berbaloi-baloi
 
RM6.90 kalau tak silap.
 
Roti dihidang panas, cicah pula dengan cairan Sangkaya..memang melt. Bau pandan wangi jer. Yumm
 
Kalau saya ke Boat Noodle lagi rasanya hanya akan datang atas sebab Sangkaya jer kot haha.
 
p/s : strongly suggest makan kat kedai Burger Warisan, burger sedap, meatball grill ngan lambchop pun sodap.
 
updated :
 
 
 
Saya bawak balik bekas minuman Green Tea sebab cup tu tebal macam botol air, rugi sesangat kalau tak bawak balik. RM 8.90 tu harga air.
 
Selama ni kalau beli teh ais, bila sampai opis kena la pula cari mangkuk atau tuang sikit-sikit ke mug tapi bila dah ade cup Boat Noodle ni dah mudah keje nak minum.
 
Slurp!
 
Salam Kasih,
 

Monday, May 23, 2016

Keletah Puteri

on 5/23/2016 12:02:00 PM 0 mesej
 
Entry sempena usia Ainul Mardhiah 3 bulan.
 
Saya panik sebenarnya bila memiliki sang puteri, justeru saya tidak ada pengalaman memiliki anak perempuan.
 
Teringat kembali selesai urusan bersalin, saya dan Ainul berada di katil. Suami selesai menguruskan kami dan pulang ke rumah menguruskan anak lelaki pula.
 
Saya kemudiannya memandang bayi kecil ini dan tiba-tiba fikiran saya blur haha
Setelah 6 tahun..saya dikurniakan si kecil ni, gigih otak berfikir kembali cara-cara handle baby huhu
Bagaimana untuk mendepani dan melayan kerenahnya?
 
Ketika Dalam Hari
 
Menjaga Ainul tidak sesusah abangnya cuma saya pelik dia tidak kuat menyusu seperti abangnya. Malah puting saya dibuat main kadang-kala. Pening saya memikirkan perbezaan mereka.
Cuak juga saya ketika di hospital kerana disebabkan Ainul seperti menyusu main-main maka pengeluaran susu saya teramat slow.
Dalam kepanikan itu, saya tetapkan dalam hati yang susu akan banyak sepertimana rujukan bacaan di internet, set minda barulah susu akan banyak pengeluarannya.
Alhamdulillah memang betul, Ainul suka sangat menyusu main-main tetapi kerap.
Musim Elnino ini, mukanya cepat sangat merah, sebab itu saya gelarnya Mochi Mochi Red Bean haha
Satu tamparan juga buat saya bila terpaksa kembali dengan rutin mata panda bila bangkit menyusukan si kecil ini di tengah malam.
Berat melahirkannya 2.74 Kg
Bila nurse datang melawat, beratnya sudah naik 3 Kg.
Demam kuning hampir-hampir sahaja kena tetapi ibu saya rajin menjemurnya ketika awal pagi jadi ketika nurse datang, berdebar juga kami dua beranak ini risau jika Ainul disahkan demam kuning.
Alhamdulillah bacaan normal.
 
Menginjak Sebulan
 
Ainul sangat suka tersenyum!
Berbunga hati saya bila ibu cakap wajah anak saya memberikan ketenangan buat dia. Balik berpantang ke rumah sendiri, ibu mengomel supaya menghantar gambar Ainul hari-hari kepadanya. Dan jika saya tidak melawatnya membawa si kecil, pasti terdengar sungutan ibu saya. Haha.
Puteri saya juga suka jika orang melayannya berborak, sekali-sekala dia akan berbunyi-bunyi mengharapkan ada yang berborak dengannya. Comel jer.
Beratnya ketika ini sudahpun 3.5 Kg.
Kami membeli buaian tetapi cuba untuk tidak menggunakannya terlalu kerap dan untung juga, pengasuh pun sekepala dengan saya dan suami. Dia juga tidak sukakan buaian.
 
Usia Dua Bulan
 
Ainul dah pun belajar meniarap, mungkin kerana saya rajin mengurut dia terutamanya bahagian kaki, badannya tegap. Masih dengan murah senyuman, pipinya semakin membulat haha
Menjadikan dia bertambah comel bila 'berborak', sahutan dia yang mengajak kami berbual sangat kelakar.
Beratnya ketika ini 4.5 Kg.
Nurse saya sepanjang tempoh mengandung juga menjadi nurse Ainul.
Rajin dia melayan keletah Ainul.
Ketika ini rutin dia berubah sedikit, dia cukup suka menghisap jari.
Pengasuh Ainul meminta saya menggunakan puting tiruan, berat hati membenarkan.
Saya tewas juga dengan puting tiruan tetapi saya cuba menghadkan penggunaannya ketika di rumah.
Ketika melawat kakak saya yang baru bersalin, dia memasukkan sedikit cebisan kurma di lelangit Ainul. Buat perasa katanya.
Sejak itu jika terlihatkan Ainul seperti mencari-cari rasa dengan suapan tangan ke jari, saya juga meletakkan sedikit cebisan kecil kurma di lelangitnya.
Dan ketika ini Ainul dah pandai mencemik, terkejut ayah saya sambil gelak-gelak :)
 
Kini 3 Bulan
 
Ainul semakin berat dan sudah kuat menyusu.
Gigih juga saya komitedkan diri membuat stok susu Ainul . Cabaran terutamanya bila menjelang hari ahad, bila saya terpaksa ke kelas di UiTM sepanjang hari dan hanya akan pulang pada pukul 6 petang. Stok susu amat diperlukan ketika itu.
Semakin lincah Ainul meniarap, sesekali dia menjerit bila bahunya sedikit terkehel kerana kepantasannya meniarap.
Jenuh juga mengurut bahu dia hari-hari. Bagaimanapun, saya gembira dia senang belajar meniarap.
Rutin Ainul sedikit senang sekarang ini melainkan saya perlu pantau ketika dia sibuk membalikkan badan untuk meniarap.
Balik kerja, jika cuaca membahang, saya akan memandikan dia. Selesai mengurutnya dengan minyak yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran, dia akan menyusu sebentar dan tidur sehingga menjelang waktu 2-3 pagi.
Bertemankan surah Yassin atau Al-Baqarah, Ainul biasanya akan tidur lena. Ketika ini, saya pelan-pelan mengajarnya untuk tidur di katil sendiri.
 
Esok check up dia untuk 3 bulan. Saya mengharapkan Ainul sentiasa sihat.
Setakat ini kulit mukanya sentiasa bersih dan licin, mujur ibu sentiasa mengingatkan saya untuk sentiasa lap muka Ainul selesai menyusu. Tidak mahu terkena ruam susu katanya. Ruam lampin juga hanya sekali terkena, saya rawat dengan krim yang dibekalkan hospital Sg. Buloh dari pek newborn gift. Sangat bagus krim tu.
Kadangkala saya akan tersenyum sendiri, selama 6 tahun berulit dengan barangan anak lelaki. Kisah obses Zafar dengan Ultraman dan yang terbaru Ninja Turtle sehinggakan kek birthday juga dia meminta Ninja turtle. Dan kini saya mula berjinak dengan warna pink untuk anak perempuan termasuk la belajar memakaikan head band pinkish pemberian boss saya.
 
Alahai canggung terasa haha.
 
Semoga saya sentiasa berlapang dada dan istiqamah dalam mendidik anak-anak
 
Salam Kasih,
 

Wednesday, May 18, 2016

3rd Review : Online Shop di Nile

on 5/18/2016 03:29:00 PM 0 mesej
Entry yang ke 80
 
Pembelian yang tak disangka :)
 
 
Lama juga tak jengah Nile 
 
Adala dalam bape minggu haha
 
Mata tertengok part handbag kat women fashion, sekali ternampak beg atas ni.
 
Beg Indentation Trendy Woman ni ada jugak saya search di tempat lain contohnya :-
 
Kat Look harganya RM 57.90
 
Kat FB Perojek Tudung harganya RM 30 saya notice banyak juga beg-beg yang ada di Nile, owner perojek Tudungs pun jual items yang sama juga.
 
Kat Nile harga normal RM 51.94
 
Murah lagi di perojek tudung tapi tetiba harga drop jadi RM 9.90 di Nile seriously?
 
Cuma tinggal 2 warna iaitu green dan orange, saya suka kaler cream tapi warna hijau pun lawa juga.
 
Maka saya pun terus beli. Dengan harga beg RM 9.90 kat pasar biasanya kualiti pun very suam kuku jer, oleh kerana murah jadi saya pun terus beli, redha jer la kalau kualiti kureng.
 
Kebetulan beg ke kerja pun dah rabak bahagian tali. Good Timing
 
Saya ni orangnya bila dah rabak baru terhegeh nak membeli yang baru haha. Sama la macam kasut. Dah hancus ranap baru nak beli.
 
Bayar kelmarin, esoknya Alhamdulillah barang pun sampai.
 
Ini dia
 

 
Dengan hanya harga RM 9.90 saya tak lah mengharap kualiti beg setanding dengan beg berjenama.
 
Tapi suprisingly saya puas hati dengan beg ni. Dapat jer kat tangan terus belek-belek. Jahitan kemas, zip pun working well, simple jer interior dalam beg cuma luas so boleh la nak campak pape yang patut termasuk la pampers anak hehe. Kulit beg pun terasa kukuh.
 
Gambar tak edit
 
Sangat berbaloi beli dengan harga semurah RM 9.90
 
P/s : Biasa tak dengan jenama telekung Siti Khadijah? Saya beli kasut dengan mereka. InshaAllah nanti saya akan update.
 
 
Salam Kasih,
 

Friday, May 13, 2016

Review : Kain Pasang, Kain Baju Melayu & Tudung

on 5/13/2016 04:15:00 PM 0 mesej
Entry saya pasal barang baby di GM Klang nampaknya dah hit 568 read
 
Ramai suka ke GM Klang ni rupanya haha
 
Dahsyat penangan GM ya?
 
Musim nak ke Ramadhan ni, banyak orang pompuan dah siap beratur listing membeli-belah, dengan kain pasang, kasut, tudung-tudung, tak masuk lagi segala benda kecik-kecik macam kerongsang dan sebagainya.
 
Banyak betul preparation orang perempuan hihi
 
Saya tak terkecuali juga cumanya saya prepare yang basic untuk bulan 5 ini. Saya  membeli kain pasang untuk sedondon dengan anak perempuan dan juga membeli kain baju melayu yang saya beli dari page Baju & Tudung Murah.
 
Alhamdulillah kain baju melayu sejuk dan lembut. Berbaloi beli.
 
Saya ada cerita untuk kain pasang. Saya tak nafikan saya down juga bila gambar kain pasang begitu cantik di Facebook tetapi bila sampai di tangan rupanya suram. Kualiti Alhamdulillah bagus, itu saya tak nafikan dan seller pun begitu baik. Cuma saya tak mampu tolak rasa terkilan kerana apa yang saya nampak warnanya lembut cantik sebiru lautan tetapi seperti warna pantai tercemar bila sampai ditangan.
 
Jauh betul bezanya
 
Entah jubah cantik ke tidak nanti bila selesai dijahit jiran rumah mak saya.
 
Seperti kita maklum, warna cukup memainkan peranan menentukan samada pakaian itu akan cantik menyerlah ataupun tidak.
 
Beralih ke cerita tudung, saya tak nafikan saya cerewet sebab saya bukan antara penggemar trend tudung masa kini, tudung lambakan trend sekarang pelik-pelik. Saya orangnya simple, cukup bertudung bawal tapi hajat di hati kali ni biarlah kelainan sedikit dari tahun-tahun lepas.
 
Puas membelek page di Facebook, saya teringin mencuba tudung instant double loop, nampak mudah dipakai. Sesuai untuk orang yang malas berpin-pin segala macam saya ni hehe
 
Lagipun saya tak mahu puteri kecil saya terluka kerana terkena pin saya yang pelbagai.
 
Antara berpuluh jenis warna, saya memilih warna krim mentega..gambar model yang menggayakan tudung itu cukup cantik dan warna tudung itu sendiri unik tak sepertimana kebiasaan yang saya lihat, menguatkan lagi keinginan saya untuk membeli.
 
Selesai urusan jual beli, saya menanti hari tudung itu sampai di tangan.
 
Sekali lagi saya tersilap.
 
Bukan warna krim mentega mustard yang saya dapat tetapi seperti warna pantai pasir yang puas dipijak-pijak orang.
 
Pengajaran yang terbesar juga buat saya. Trauma juga jika ternampak feed page seller itu di Facebook.
 
Seperti yang saya kata tadi warna memainkan peranan membuatkan pakaian cantik atau tidak.
 
Dan saya yakin penjual tudung ini tahu kerana itu dia 'mencantikkan' tudung dan di edit anggun demi menarik minat pembeli seperti saya yang akhirnya tertipu dengan mainan mata.
 
Dari mata jatuh ke hati. Sungguh la saya rugi.
 
 
 
Salam Kasih,
 

Thursday, May 12, 2016

Pejuang Penyusu

on 5/12/2016 12:06:00 PM 0 mesej
Wah tittle ganas :p
 
 
 
Nampak tak pic atas ni yang bertemankan nasi lemak kerang di pagi hari haha
 
E-book ni saya ambik dari page FB Pump On The Go e-book percuma limited time dan boleh juga rujuk website Cikgu Susu. Cuma perlu daftar e-mail dan dorang akan bagi e-book ini secara percuma. Saja saya print dan compile menjadi buku sebabnya seseronok macammana pun teknologi pembacaan, saya tetap sukakan kekunoan membaca buku.
 
Selepas print maka gigih la saya selitkan di dalam beg tangan supaya semoga ilmu tu dapat saya cedok dan baca tak mengira tempat.
 
Antara isi kandungan adalah mengenai usaha menguatkan hati. Jika sudah terbit keinginan untuk menyusukan anak secara penuh sehingga 2 tahun harus disertakan dengan komitmen yang tinggi.
 
Komitmen yang sangat tinggi.
 
Saya target sudah tentu selama 2 tahun ini, kehidupan saya akan tunggang langgang.  Jadual penyusuan saya masih lagi belum betul-betul sesempurna. Ainul baru sahaja berusia 2 bulan ++ dan saya masih cuba membiasakan diri belajar membuat stok susu. 
 
Hakikat yang saya harus terima, bila fully breastfeed wanita seperti saya perlu melupakan hasrat untuk diet ketat-ketat dan harus juga hadam di kepala bahawa jamu yang ada kunyit akan mengeringkan susu. So No.
 
Biasanya Ainul akan saya siapkan mandi suam awal pagi sebelum hantar ke rumah pengasuh. Selesai mandi, saya mengurut dia dengan baby oil satu badan depan dan belakang sehingga ke jari kaki dan kemudiannya menyapu losyen johnson seluruh badan depan dan belakang juga.
 
Ainul sangat suka diurut hehe.
 
Saya sudahkan dengan menyapu bedak dimukanya. Ainul ni rambutnya nipis perang pastu ada rambut yang selalu menegak jadinya saya sapukan juga baby oil sedikit. Saya curi masa menyusu dia pepagi dan jika dia tertidur, saya ambil masa pam susu sebentar sebelum bergegas menghantar dia ke rumah pengasuh.
 
Melalui pembacaan internet, pam susu harus dibuat selepas 2-3 jam selepas habis tempoh sesi mengepam sebelumnya. Saya berkerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Untuk komited terus-terang bagi saya sangat sukar terutamanya jika masa sibuk. Tapi saya cuba juga.
 
Jika pagi-pagi Ainul tertidur selepas mandi dan berurut, saya akan mengepam ketika itu juga. Jika dia menyusu pagi-pagi saya akan mengepam susu sekitar jam 8.30-9 pagi di ofis dan selesai/sebelum solat Zuhur saya akan mengepam juga dan selepas solat Asar, saya curi masa mengepam sebelum waktu ofis tamat. Sebelah malam kebiasaannya selepas solat Isyak saya akan duduk di depan tv dan mengepam.
 
Pam susu ni ibarat mencuri masa secara berkomitmen hehe.
 
Ye. Bunyinya sangat padat jadual menyusu tapi sudahpun dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah ayat 233 akan kewajaran amalan sunnah ini, boleh lihat paparan di bawah ini.
 
 
Semoga semangat ingin menyusukan anak secara penuh mampu saya lakukan untuk 2 tahun ini.
 
Selamat berjuang untuk para ibu.
 
Salam Kasih,
 
 

Thursday, April 28, 2016

Lunch Time ke GM Klang

on 4/28/2016 03:58:00 PM 2 mesej
Alang-alang ke klinik tadi, laju kaki ini melangkah ke GM waktu lunch sebelum balik ke opis.
 
hehehe
 
Kakak saya baru bersalinkan anak ke-lima, perempuan awal April dan kawan ofis suami juga bersalinkan anak perempuan pada pertengahan bulan Mac. Kedua-duanya berikan gift newborn pada puteri saya.
 
Sungguh kejam la saya jika tak membalas gift kan?
 
Maka ke GM la saya melilau mencari hadiah. Saya dah target nak belikan stokin yang cute macam yang saya belikan untuk Ainul. Rujuk entry di sini dan target nak belikan sehelai baju serta sarung tangan.
 
Sampai jer terus laju saya ke 2F, kedai Holabebe.
 
Stokin kaki jika dibeli 3-4 pasang akan jatuh pada harga RM 5 sepasang. Harga asal RM 10 sepasang.
Total harga stokin untuk 4 pasang ialah RM 20
Jimat RM 20 harga asal RM 40
 
Sarung tangan 1 set ada 2 pasang berharga RM 12 tapi boleh dapat harga RM 10 jika beli 2 set.
Total harga sarung tangan untuk 3 set (6 pasang) ialah RM 30
Jimat RM 16 harga asal RM 36
 
Baju rompers saya sambar yang sangkut. Kat situ ada rompers, t-shirt, dress baby dan jump suit.
Harga RM 10 satu
 
Untuk anak kakak saya, Yohanna Mariam, gift dia yang ini.
 
 
 Dan member opis suami plak yang ini
 
 
Ada rompers kelakar macam pizza hut, Mcd, coca cola. Rompers team bola pun ade untuk Sepanyol, Korea etc. pun ada. Sempat belikan sekali Ainul rompers Adidas dengan 1 set sarung tangan.
 
Harap dorang happy dengan gift ni.
 
Malam ni boleh packing cute-cute :)

Alang-alang dah ke sini, saya belikan sekali rollerblade untuk anak-anak. Depan GM Klang ade satu kedai dan di dalam GM pun ade 3-4 kedai saya perasan tadi dah mula meniaga rollerblade.

Satu set sekali dengan breakpad dan topi RM 100 tetapi dapat harga RM 90 sebab saya beli 2 set. saya beli didepan GM cuma outlet di dalam GM pun ade di tingkat 4 dan kedai lot nombor 110 sebelah lif.

Tak sempat survey kedai lain untuk harga yang lebih murah, mungkin korang rajin boleh la survey sebelum beli. Suami bajet RM 80 jer tapi dapat harga RM 90 siap topi dan breakpad tu kira ok lah.

Mana yang nakkan roda berlampu boleh jer beli asing, biasanya kami ke park Setia City malam-malam untuk bawak anak bermain rollerblade. Di sana nak sewa pun boleh, RM 10 dan boleh main sampai pukul 12 tengah malam.

Best.
 
Salam kasih,
 

Dah start breastpump?

on 4/28/2016 11:57:00 AM 0 mesej
Ainul Mardhiah dah pun 2 bulan lebih
 
Sekejapnya masa berlalu.
 
Anak perempuan ni soft sikit berbanding abangnya tapi keaktifan dia tu macam boleh tahan gak la, dia dah pandai meniarap dalam sebulan tapi Zafar dulu dua minggu dah pandai meniarap haha. Advance abis
 
Saya masuk kerja awal sikit, tak tunggu 2 bulan macam kebiasaan orang lain. Pantang di rumah mak pun cuma seminggu dan selebihnya di rumah sendiri. Untung suami rajin masakkan makanan berpantang dan kerana berkahwin dengan orang Johor maka dapat la saya merasa lauk berpantang iaitu Lempuyang. Kelakarnya saya memang sukakan masakan berpantang..ikan tenggiri goreng, bersup dan masakan pelik-pelik suami sediakan mengikut rempah-rempah cara berpantang jadi sepanjang tempoh berpantang saya takde masalah bab makan cuma keinginan minum air soda memang mencabar keimanan terutamanya bila Malaysia dilanda musim Elnino. Sedapnya bila makan Lempuyang berlawankan nasi putih panas-panas. Rindu pulak nak makan lagi haha.
 
Seawal sebulan saya berpantang, badan dah pun sihat dan cergas. Alhamdulillah masa mengandung, bersalin dan berpantang dipermudahkan Allah. Hati dah nekad untuk bekerja lebih awal, waktu mengandung saya dah pun survey breastpump untuk memudahkan proses penyusuan baby secara eksklusif selama dua tahun tanpa susu formula. Untuk menyusukan Ainul selama dua tahun inshaAllah boleh tetapi secara eksklusif tanpa campuran susu formula..saya tak pasti. Zafar dahulu saya susukan selama 3 tahun cumanya ada tambahan susu formula. Ketika itu saya kekurangan ilmu penyusuan di dada hehe cuma info penyusuan sekarang lebih mudah berbanding 6 tahun lepas. Klik klik dah terbentang segala macam ilmu di internet.
 
Semasa mengandung saya banyak survey breastpump elektrik di internet terutamanya di Facebook sambil mencari-cari tawaran menarik. Saya nekad kali ni untuk menggunakan breastpump elektrik. Semasa Zafar dulu saya hanya menggunakan manual breast pump, sampai sekarang saya masih lagi teringat rasa sakit ketika menggunakan breast pump manual.
 
Suami bagi bajet RM100 tapi berderau darah sebaik tengok harga breastpump. Memang dapat RM99 tapi manual. Bila survey lagi dapat bargain harga RM100 tapi yang ni kira travel electric breastpump, saiz kecik dan macam tak boleh tahan lama jer. Sumber power cuma cucuk di usb dan pakai bateri.
Bincang lagi dengan suami, harga bajet dinaikkan ke RM200. Kebetulan satu page yang biasa saya jenguk tawarkan deal yang cukup best. Jimat RM60. Page dia ade bagi sekali set kombo iaitu sekali dengan vcooler bag, ice brick dan 6 botol percuma. Total RM260.
 
Pic Malish Lifestyle seperti dibawah.
 
 
Saya ke SACC Mall untuk purchased secara walk-in. Yang bestnya dorang siap tunjuk ajar macam mana nak meggunakan breastpump ni secara percuma dan siap bagi tips penjagaan lagi. kedai dorang ni terletak dibelakang kedai Watson. Senang jer nak jumpa.
 
Terlebih bajet tapi bila calculate harga kombo :-
 
vcooler bag - harga luar RM49.90
ice brick -  tak ingat exact harga tapi lebih kurang bawah RM10
6 botol percuma - RM3.50 setiap satu
 
Untungkan? yup..Gambar kombo lebih kurang macam bawah ni items dia.
 
 
 
Cuma set saya ambil set malish lifestyle yang paling murah haha. Kalau nak mahal boleh la pilih yang set ada LCD display picture tapi bagi saya cukup yang ni. Jika penjagaan elok..inshaAllah sampai ke dua tahun boleh guna. Tips : jaga baik-baik............
 
Singgah ke laman FB Breast Pump Murah kalau nak jenguk-jenguk..untung-untung kalau diorang buat lagi tawaran hebat.
 
Nanti next entry saya sharekan macam mana saya kendalikan jadual penyusuan dan breastpump ni dan cerita milkbooster :)
 
Salam Kasih,
 

Thursday, April 21, 2016

Cerita Bersalin

on 4/21/2016 11:08:00 AM 1 mesej


2 hari lepas dah genap 2 bulan saya bersalin :)
 
SubahanAllah..
 
Menitik air mata Allah makbulkan doa hari-hari untuk dikurniakan seorang puteri..sehingga ke hari ni saya masih kagum dengan ciptaan Allah.
 
Cerita bersalin saya ada macam-macam rasa..saya mulakan kronologi suspen ni ya hikhik
 
19.2.2016 Jumaat bersamaan dengan 10 Jamadilawal 1437 Masihi
 
Sekitar 3 pagi saya sudah merasakan sakit kontraksi..dalam jaga dan tidur sakit itu menemani saya
 
Permulaannya saya mengira 10 minit dan kemudiannya sakit itu makin kerap 5 minit sekali
 
Saya rasa tidak selesa dan bangkit ke tandas. Darah keluar. Selesai bersihkan diri saya solat hajat memohon proses bersalin dipermudahkan.
 
Mungkin kerana ini kandungan kali ke dua, saya masih relaks walaupun sakit mencengkam setiap kali kontraksi berlaku. Kali ni saya nekad biar tanda-tanda turun baru saya gigih ke hospital. Saya tidak mahu peristiwa ketika melahirkan Zafar dahulu berulang. Tersadai di hospital 5 hari dengan bukaan 2cm.
 
Dan saya dapat peluang itu yang disusun oleh Allah sebaik-baiknya.
 
Saya kejutkan suami yang tidur dan memberitahu tentang turun tanda darah. Kami berdiam diri, memikirkan anak yang perlu ke sekolah. Sekalipun Zafar sentiasa teruja dengan kelahiran yang bakal tiba ini, saya tau dia juga susah hati dan akan panik nanti. Haha
 
Kami berbaring kembali sehingga waktu subuh menjengah, saya segera mandi dan darah lebih banyak daripada tadi muncul. Saya bersihkan diri dan solat subuh.
 
Buat yang tertanya boleh ke solat ketika turun tanda darah, boleh rujuk artikel. 3 artikel saya lampirkan di sini ya.
 
 
 
 
Sememangnya boleh, jika air ketuban pecah pun masih boleh solat asalkan kita mandi terlebih dahulu.
 
Selesai menguruskan anak untuk ke sekolah, kami bersiap sama dan ketika tiba di sekolah baru saya memberitahu Zafar yang saya perlu ke hospital untuk melahirkan adiknya. Zafar terkejut dan riak wajahnya risau memikirkan saya.
 
Saya sempat memohon maaf pada dia. Sayu pulak hati haha.
 
Kami terus ke hospital Sungai Buloh. Niat untuk bersalin di Hospital Shah Alam dilupakan memandangkan kes bersalin pagi itu tersangat lah ramai. Dalam hati cuak juga jika terbersalin dalam kereta haha. Sempat saya inform opis. Sempat juga saya singgah di Petronas, menikmati nasi goreng bekalan dari suami serta air kotak susu coklat.
 
Saya daftar masuk pukul 11 pagi
Hasil pemeriksaan CTG bukaan 4 cm
Saya sibuk berjalan-jalan sekitar wad dan sempat berjumpa suami diluar menikmati coklat dan minuman sementara menanti bukaan lebih besar.

Sebelum kembali ke wad, saya mohon maaf pada suami. Mata saya dah pun bergenang ketika itu.

4 jam kemudiannya bukaan menjadi 7 cm, sakit saya terlalu kuat dan saya kemudiannya ditolak ke labour room dan baby selamat dilahirkan pada pukul 4.38 petang pada hari yang sama.

Gembiranya hati saya, doktor dan nurse kesemuanya perempuan semasa proses bersalin. 
 
Saya masih ingat lagi selepas akhir meneran, ketika doktor meletakkan baby ke dada saya, kulit bertemu kulit dan bertanyakan "puan dapat anak apa?". Saya lalu menjawab "anak perempuan" dengan sebak dan rasa tidak percaya.
 
Pertarungan saya berakhir.
 
Alhamdulillah
Tiada induce sepertimana ketika kelahiran terdahulu.
Tiada penantian yang lama
Segalanya dipermudahkan kecuali sakit tetap juga sakit :)
 
Selamat datang ke dunia menemani ummi, abah dan abang Zafar
wahai Ainul Mardhiah
puteri solehah inshaAllah

Thursday, February 18, 2016

Meniti 39 Minggu Kehamilan

on 2/18/2016 04:27:00 PM 0 mesej
Kehamilan kedua kali ni memang berbeza dengan yang pertama.

Mungkin faktor umur barangkali? masa mengandungkan Zafar saya baru 20's ketika itu dan kini 30's.

Perbezaan kehamilan antaranya mabuk saya sangat sangat teruk, masa Zafar dulu saya memang mabuk teruk juga tapi tak seteruk kali ini. Masuk bulan ke empat saya dah sepenuhnya hilang mabuk tapi yang kali ni mabuk terhenti pada bulan ke lima dan on off sehingga la sekarang. Loya tetap ada walaupun dah 39 minggu. Cuma loya tu tidak la kerap.

Minat keduanya bergerak pun berbeza-beza. Zafar misalnya suka melompat dalam perut jika saya bermain game terutamanya PS2 (suami rajin mengajak sy bermain) dan gemar dengar lagu. Tak hairan la jika habit dia suka main game dan melalak.
 
Yang si kecik ni pula suka dengarkan bacaan Al-Quran..saya tidak mengehadkan pendengaran pada telefon sahaja tetapi juga melalui bacaan harian saya di rumah. Dia suka bergerak dan akan senyap selepas beberapa ketika seperti menghayati bacaan tersebut. Dan dia suka mendengar suami berborak, seakan halwa telinga penyejuk buat dia. Setiap kali suami bercakap, dia akan bergerak-gerak melainkan jika dia tidur. Hal serupa jika saya duduk mengajar abangnya, Zafar mengaji. Permulaan dulu, saya kerap bangkitkan dia untuk sama-sama mendengar abangnya di ajar mengaji. Lama-lama tanpa perlu dibangkitkan, dia akan turut sama bergerak setiap kali Zafar mula berbunyi. Haha. Sangat comel.
 
Hari ni masuk 39 minggu 3 hari tempoh kehamilan saya.
 
Antara kesakitan yang sedang dialami adalah :-
 
- sakit kontraksi palsu..  sekejap ade sekejap hilang pastu senyap. hadir tak mengira masa
- sakit tulang belakang.. terutama ketika waktu malam..berdenyut-denyut
- sakit tulang pinggul.. pedihnya hanya yang pernah mengalami yang tahu
- kaki bengkak.. lebih kepada bahagian betis sebenarnya, tapak kaki masih sama cuma cepat lenguh
- kaki kebas dan sengal-sengal..ikut info FB info ibu hamil saya kurang kalsium
 
Dalam pada itu, saya masih aktif cuma segala kerja saya perasan makin slow. Aktiviti memasak memakan masa dari kebiasaan yang saya ambil. Lipat kain baju okay juga sebab saya duduk cumanya kaki kebas dan sengal-sengal T__T
 
Ikutkan perkiraan doktor due date saya 24.2.2016 (Rabu) dan jika tak bersalin juga, 1.3.2016 saya perlu serah diri ke hospital. Harap-harap tak di induce macam yang saya alami ketika bersalinkan Zafar. Dipaksa bersalin. Seriau.
 
Antara tips mudah bersalin
Moga dipermudahkan segalanya.
 
Ameen.
 
Salam kasih,

Thursday, February 04, 2016

Review : Barang Baby di GM Klang, Manjaku Comel & Casabonda Store

on 2/04/2016 12:48:00 PM 2 mesej
OK kena confessed memula..saya tak suka bersesak-sesak di GM Klang. Sapa sini suka GM Klang yang lama macam saya? Bukan yang mall tinggi sekarang.
 
Ni GM Klang lama.
 
 
Ni GM Klang baru.
 
 
Dua-dua GM Klang ni bersebelahan jer.
 
GM Klang lama masih lagi beroperasi tapi tak macam dulu sebab mostly outlet seller dah move on ke GM Klang baru, banyak store yang kosong lagi space. Kat GM Klang yang lama ni ada 1 floor (tak ingat kaler bangunan yang mana..merah rasanya) yang spesifik jual barangan kahwin sesaja..kira one stop center untuk majlis kahwin dan jugak majlis macam Aqiqah atau lain-lain majlis. Gift door, bunga, hantaran, paper back etc.
 
GM Klang baru ni memang la lebih besar pastu bertingkat-tingkat, boleh parking sampai aras atas sekali. Ada elevator, modern interface, banking ATM machine pun ada, ground floor berlambak kedai makanan, food court, makanan jepun, makanan barat, kira banyak variety choice kat situ. Boleh checking ngan pakcik google untuk tahu lebih lanjut pasal GM Klang Mall.
 
Tapi saya tetap minat yang lama. lebih spacey..sebabnya GM baru ni bila ramai orang, outlet kedai pun dibuat dekat antara satu sama lain. Saya rimas. Buat sapa yang tak kisah crowded people, korang akan suka la environment yang sebegini. Ada advantage dan disadvantage.
 
Saya suka tinjau harga. Kadang kedai ni jual item yang jerut leher tapi bila kita rajin ke hulu- ke hilir cari item yang sama..boleh jumpa item sama dengan pricing double lagi murah. Peniaga GM akan tekan harga sebab dorang tau pengunjung sangat la ramai..dan pengunjung yang bijak tak akan beli dengan harga yang rasa nak campak balik item tu dan pegi jauh-jauh. :)
 
Ok stop pasal tu.
 
Dekat group FB info ibu hamil yang saya pernah suggest checking sebelum ni, ada ibu-ibu yang bagitau pasal offer baju baby yang sangat la murah harganya di Tesco. Antaranya Rompers RM 3..betul-betul menarik.
 
Kebetulan selepas weekly check up di klinik kesihatan, saya drive ke Tesco Jenjarom. Tujuan ke Tesco yang jauh terperuk dari Tesco Klang ni sebab konon-kononnya saya bajet lagi banyak la variety baby clothing sebab Tesco baru nak naik dan tak femes. Haha.
 
Tsk tsk..sampai je di sana. Promosi dah habis rasanya sebab bila saya belek rompers..RM10.49
Kecewa.
 
Makanya saya end up ke GM Klang.
 
Hasil tangkapan saya listedkan di sini bersama pricing, tak ingat kedai yang mana sebab saya survey dari satu kedai ke kedai yang lain tapi confirm tingkat 2F - 3F. Sarat-sarat pun laju jer kaki ni melangkah :p
 
 
Listed pricing :-
 
Baju putih - RM 5 Dalam gambar tak berapa nampak kecomelannya tapi serius cute dan tebal walaupun murah.
Legging Purple Brand Carter - RM 10
Rompers satu pack brand Carter - RM 36 banyak set macam ni kat GM cuma beza mahal dan murah
Baju tido Baby Suit - RM 10 ada warna pink juga..kain tak tebal
Stokin - RM 5 harga sepasang RM 8 sebenarnya tapi jatuh harga RM 5 bila beli 4 pasang. Berkualiti stokin ni..banyak design lawa-lawa. Kedai yang sama saya beli Baby suit
 
Tak jadi beli :-
Bedung Swaddle RM 30
Sarung Tangan - RM 12

Saya tak lama di GM Klang sebab Zafar dah merengek nak makan/minum la..lagi pulak mata dia dah rambang kat mainan kedai figurine. Sikit-sikit nak stop tengok.  -_______-
 
Disebabkan short few items yang betul-betul penting, saya jengah online.
 
Untuk barut saya ade survey Little DJE saya bagi terus direct link ke barut baby. Harga pun okay RM 8 tapi kemudiannya saya jumpa Manjaku Comel and immediately fell in love dengan barut dia.
 
 
Biasa barut ikat kan tapi yang ni siap ade butang. Lepas tu design kemas dan comel sesangat.
 
Pricing sehelai RM 7 dan kalau beli pakej 4 pcs sekaligus total harga jadi RM 26 jimat RM2
 
Ni items description :-
 
 
Makanya saya beli 4 pcs sekaligus. Boleh pilih nak design yang mana.
 
 
 
Sweet. sama seperti kat website, jahitan kemas, rekaan pun comel jer. Rasa nak beli lagi tapi cukup la 4 buat masa ni.
 
Cara pemakaian barut butang pun ada dorang bagi.
 
 
Yang mana tak suka barut bercorak pun ada jugak yang warna putih bersih. Lagi jimat harga dia sebab sehelai RM 4 dan kalau beli pakej 4 pieces dapat harga RM 21 jimat RM 3 kalau beli 4 terus
Masa Zafar dulu kaler putih berikat yang biasa tu, jadi kali ni nak terasa kelainannya hehe.

 
 
Sarung tangan pulak saya dapat items brand yang sama saya nampak kat GM Klang harga RM 12 cumanya lebih murah
 
Saya dapatkan di Casa Bonda Store
 
2 Pair Mitten Brand Carter - RM 8
Tengah sale 20% off
Harga asal RM 10 lagi murah dari GM Klang offer
 
 
Saya purchased online banking pada 2 Feb dan item sampai hari ni.
 
 
Comel sesangat. Tadi checking kat website sarung tangan corak ni dah sold out tapi banyak lagi design yang awesome, tengah aim nak beli receiving blanket dari website yang sama..serius corak-corak sangat sweet.
Murah pun murah, hanya RM 9.
 
Salam Kasih,
 

Tuesday, February 02, 2016

Review : Comforter Baby dari Munn Ardieha

on 2/02/2016 03:55:00 PM 0 mesej
37 weeks .. huhu

Still going strong :)

Dalam sakit-sakit sikit, habis jugak la membalut buku-buku tadika PASTI Zafar, gigih print nama Zafar cute-cute dan tampal kat setiap buku sebelum balut kemas-kemas. Total 14 buku.  Moganya Zafar akan menghargai perih ummi dia. ( siap kaki crammed lagi time membalut)

Persiapan beli barang baby? So far cuma katil baby cot jer beli. Boleh refer story pembelian disini
Haha 37 weeks tapi tak beli langsung baju sehelai pun. Ok la nanti next entry saya cerita pembelian baju etc. yang saya beli last minute semalam.

Sebelum tu nak cerita pasal set comforter baby yang saya accidentally tertengok dekat page FB Cotton Combed Comel

Saya ni addicted suka tengok kain cotton printed yang comel-comel so sy joined group ni (closed group) sambil jamu mata.. tetiba..Munn Ardieha iaitu owner Ardieha Store ade posted something, saya tak ingat dah pasal ape tapi yang pasti pasal kain cotton la haha..so dari situ saya pun belek la hasil kreativiti Kak Munn ni dari page dia.

Ni link page FB dia Munn Ardieha

Kebetulan dalam sebulan dua gak la saya mencari-cari comforter baby siap ade bantal ngan bantal peluk sekali.

Saya listing yang saya minat dari online search :-


Credit to Little DJE

Sangat colourful
Pricing RM 139

A bit pricey for me...but still consider murah after reviewing others.

Bagi saya pada yang suka colourful, boleh checking website Little DJE. Barut dia pun comel sangat.

Yang lain plak saya minat yang bawah ni


Credit to Manjaku Comel

Produk kekabu ni sangat interesting, warna dia seriously cute....
Wah..listing wish macam confirm gegirl jer haha

Pricing RM150 (pricey jugak bagi saya)

Atas sebab saya risau mana la tau beli ala-ala keperempuanan sekali yang keluar lelaki huhu

Jadi saya ubah plan..lagipun saya mencari yang lebih 'cantik' harganya

Fikir punya fikir, saya PM kak Munn tanyakan harga sekali dengan printed cotton yang saya suka tengok dari page dia..harga ngam cantik.

Minat yang tengah-tengah ni
Pricing RM95
Postage Pos Biasa RM10 (saya pilih pos biasa)
/ Postage Pos Laju RM23
 
Total RM 105..jauh lebih murah dari listing wish comforter sebelum ni. Good Bargain.

Reason postage biasa sebab bukan nak urgent..baby pun due lewat bulan 2.

Kak Munn cakap maybe take time nak siapkan sebabnya banyak customer tempah tapi saya okay jer tunggu sebab lambat lagi nak guna.

Cer tengok ni..fuhh rajin betul dia jahit..banyak tu


Saya ingat lambat lagi siap, sekali kak Munn PM..barang da setel jahit. Happy :)
Style dia..bila dah setel jahit baru bayar. Mungkin dia risau pegang amanah pembeli sebab tu dia suka siapkan dulu baru mintak payment. Bagus kan?


Ok setel part comforter baby..sangat puas hati dengan hasil jahitan kak Munn, siap ade butang nak klipkan comforter baby. sweet.



Memang banyak printed cotton cantik-cantik, boleh usya page dia. Antara barangan lain..bantal kekabu, comforter pun ade 2 jenis iaitu fiber dengan kekabu asli, sleeping bag etc. Saya aim nak beli sleeping bag..tengok la cemana

Ni antara produk lain dia


Tiba-tiba entry kali ni sangat berwarna-warni huhu

Nanti saya update pasal baju-baju etc. yang saya beli semalam.

Salam Kasih,
 

Inspirasi Sha Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei